mcmc
Kisah Kejayaan

(Q4 2023) CELIK IT – Muhammad Rafiq Iqmal Bin Mohd Rafidin

NAMA

:

Muhammad Rafiq Iqmal Bin Mohd Rafidin

UMUR

:

10 Tahun

AHLI

:

2022

 

Latar belakang

Muhammad Rafiq Iqmal Bin Mohd Rafidin merupakan cucu kepada salah seorang peneroka Felda Krau 1. Beliau berumur 9 Tahun dan bersekolah di Sekolah Kebangsaan Felda Krau 1. Rafiq merupakan anak sulung dalam keluarga daripada 2 orang adik beradik. Sejak menjadi ahli di PEDi Felda Krau 1, beliau sering mengunjungi PEDi untuk melayari internet, mengikuti kelas tuisyen secara atas talian, bermain permainan-permainan komputer bersama rakan-rakan di PEDi.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi 

Sebelum diberi pendedahan dengan pengetahuan ICT, Rafiq Iqmal selalu datang ke PEDi dan lebih banyak menghabiskan masa untuk menonton video di laman Youtube dan bermain permainan komputer bersama rakan-rakan di PEDi. Pada ketika ini, beliau masih lagi kurang pendedahan terhadap ilmu ICT. Tahap penguasaan komputer masih di peringkat asas dan kurang mahir dalam menggunakan perkakasan komputer seperti keyboard serta perisian-perisian yang ada.seperti Microsoft Office dan banyak lagi perisian asas yang amat penting di kuasai oleh para pelajar di zaman era digital ini.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Dengan penglibatan pihak PEDi dalam usaha melahirkan para pelajar yang celik ilmu ICT , Rafiq Iqmal kini semakin mahir dalam penggunaan komputer dan telah menguasai kemahiran untuk menggunakan perisian asas komputer seperti Microsoft Office dengan lebih baik dan cekap setelah mengikuti kelas- kelas dan latihan yang telah dianjurkan oleh PEDi. Beliau sering melibatkan diri dengan pelbagai kelas kemahiran ICT dan program yang di anjurkan di PEDi Felda Krau 1 seperti Kelas Asas Microsoft Word , Power Point dan Ms.Excel.Dengan mengikuti kelas-kelas asas yang di jalankan, tahap kemahiran menaip beliau semakin meningkat dan lebih teratur.

Kini beliau semakin minat berkunjung ke PEDi untuk mempelajari pelbagai ilmu berkaitan ICT. Beliau juga tidak pernah melepaskan peluang mengikuti pelbagai program yang di jalankan di PEDi seperti program cuti sekolah STEM, kelas mencipta poster, pelbagai pertandingan berkaitan ICT seperti pertandingan menaip, puzzle online, kahoot ICT dan banyak lagi.  Rafiq Iqmal  juga merupakan salah seorang peserta program digital E-Tuisyen yang mengikuti kelas tambahan secara atas talian dengan menggunakan kemudahan perkhidmatan komputer dan internet yang di sediakan di PEDi.