mcmc
Kisah Kejayaan

(Q4 2022) CELIK IT – Afza Nur Raisya Binti Ahmad Rafaie

NAMA

:

Afza Nur Raisya Binti Ahmad Rafaie  

UMUR

:

11 Tahun

AHLI

:

2018

 

Latar belakang

Afza Nur Raisya Binti Ahmad Rafaie merupakan seorang cucu peneroka Felda Krau 1. Beliau berumur 11 tahun dan bersekoah di Sekolah Kebangsaan Jeransang, Benta, Pahang. Raisya juga merupakan seorang anak sulung daripada tiga orang adik beradik. Afza Nur Raisya sering mengunjungi PEDi Felda Krau 1 pada hujung minggu atau cuti persekolahan untuk melayari internet, membuat carian kerja sekolah bersama rakan-rakan dan bermain permainan pendidikan.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Sebelum didedahkan dengan penggunaan ICT, Raisya hanya datang ke PEDi bertujuan untuk bermain permainan atas talian dan menonton video di aplikasi Youtube. Beliau juga datang ke PEDi untuk melayari internet juga bagi menyiapkan kerja sekolah bersama sepupu dan rakan – rakannya.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Pendedahan ICT terhadap Raisya memberi impak yang besar terhadap tahap kemahiran ICT beliau. Setelah menghadiri pelbagai kelas kemahiran ICT yang dianjurkan oleh PEDi, penguasaan asas komputer beliau bertambah baik. Beliau menguasai Aplikasi Microsoft Office seperti Microsoft Word, Microsoft PowerPoint dengan bagus.Beliau juga sudah menguasai teknik menaip dengan pantas.  Beliau juga sangat berdedikasi menghadiri hampir setiap kelas dan juga sering menyertai pertandingan yang dianjurkan oleh PEDi seperti pertandingan menaip pantas, pertandingan menghasilkan poster, pertandingan video merdeka, pertandingan sukaneka dan lain – lain lagi.