mcmc
Kisah Kejayaan

(Q4 2021) CELIK IT – Mohd Aqil Zakwan Bin Azmi

NAMA

:

Mohd Aqil Zakwan Bin Azmi

UMUR

:

12 Tahun

AHLI

:

2018

 

Latar belakang

Mohd Aqil Zakwan merupakan anak tunggal yang berumur 12 tahun dan bersekolah di Sekolah Kebangsaan Felda Krau 1, Raub Pahang. Aqil Zakwan sering mengunjungi Pusat Internet untuk melayari internet, membuat carian kerja sekolah bersama rakan-rakan dan bermain games pendidikan.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PIK

Sebelum didedahkan dengan pelbagai kelas penggunaan ict, beliau hanya menggunakan komputer untuk menonton video di aplikasi Youtube dan bermain video game. Beliau juga menggunakan telefon bimbit bagi tujuan yang sama. Tahap penguasaan asas kemahiran menggunakan komputer beliau adalah kurang mahir.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PIK

Setelah menghadiri ke kelas yang dianjurkan oleh PIK, penguasaan asas komputer beliau bertambah baik. Beliau menguasai Aplikasi Microsoft Office dengan baik dan kini mampu untuk menaip dengan lebih bagus dan pantas.  Beliau juga sering mengikuti kelas, program dan pelbagai pertandingan yang dianjurkan oleh PIK seperti kelas membuat poster, kelas e-tuisyen, pertandingan poster, pertandingan video kemerdekaan dan sebagainya.