USAHAWAN PRODUK KECANTIKAN & BARANGAN KEPERLUAN
NAMA |
: |
Pn. Saidatul Salmah Bt Abu Bakar |
UMUR |
: |
33 Tahun |
AHLI |
: |
2016 |
Latar belakang
Pn. Saidatul Salmah merupakan seorang ibu yang mempunyai 2 orang anak. Beliau mempunyai taraf pendidikan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), bersekolah di Sekolah Menengah Mahmud Raub Pahang. Beliau merupakan anak peneroka di Felda Krau 1 Raub Pahang.
Pn. Saidatul Salmah merupakan seorang usahawanita dalam industri produk kecantikan dan barangan keperluan seperti Karpet, cadar dan sebagainya. Beliau merupakan agen produk kecantikan dan telah memulakan perniagaan sebagai agen produk sejak tahun 2014. Selain itu juga, beliau juga agen barangan keperluan yang mempromosikan barangan di dalam laman sosial seperti Facebook dan Instagram.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI1M
Beliau hanya seorang suri rumah tangga sepenuh masa. Beliau tidak mempunyai pendapatan dan hanya menggunakan pendapatan suami sahaja. Beliau juga tidak mahir menggunakan perisian Komputer.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI1M
Selepas melalui fasa penceraian bersama suami, beliau bangkit dengan menyara anak-anak dengan bekerja menjual produk kecantikan dan sebagainya. Melalui kelas latihan keusahawanan/membina blog/microsoft office/membina email yang dibimbing oleh kakitangan Pusat Internet Felda Krau 1 beliau kini telah memiliki facebook sendiri dan menjadikan facebook beliau sebagai medium sosial untuk berinteraksi dengan kawan-kawan yang terlibat sama dengan penjualan produk kecantikan dan memudahkan untuk menjalan program dan aktiviti di Felda Krau 1. Pendapatan beliau juga sudah meningkat ke 4 angka selepas mengikuti kelas yang dianjurkan. Pelanggan beliau juga dari seluruh negeri yang mana pelanggan mengetahui produk jualan beliau melalui facebook.