USAHAWAN PRODUK KESIHATAN (SHAKLEE)
NAMA |
: |
Cik Aina Syahirah Bt Mahdzir |
UMUR |
: |
20 Tahun |
AHLI |
: |
2010 |
Latar belakang
Cik Aina Syahirah merupakan anak peneroka Felda Krau 1. Beliau merupakan anak bongsu daripada 4 orang adik beradik . Beliau merupakan seorang pelajar jurusan Diploma Syariah dan Undang-Undang dan masih menuntut di Kolej Universiti Islam Sultan Ahmad Shah (KUIPSAS), Pahang. Pada awalnya beliau sering mengikuti rakannya di laman Instagram yang berjaya dalam mengamalkan produk-produk kesihatan Shaklee dan beliau berminat mencuba mengamalkan produk kesihatan ini untuk diri sendiri. Setelah melihat kejayaan rakan dalam perniagaan ini dan sering mendapat dorongan dan sokongan dari rakannya beliau berminat untuk memulakan perniagaan ini dengan mendaftar sebagai ahli produk Shaklee bermula awal tahun 2020.
Dengan menjadi ahli, beliau berpeluang memulakan perniagaan ini dengan mempromosikan produk-produk kesihatan daripada Shaklee kepada orang lain. Di samping mengamalkan sendiri produk-produk ini beliau dapat menjana pendapatan. Beliau ingin menjadikan perniagaan ini sebagai satu hobi yang boleh mendatangkan hasil lumayan kepada diri dan keluarga beliau. Beliau mempunyai target untuk mencapai level-level tertinggi dalam perniagaan produk ini.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Sebelum penggunaan ICT dalam perniagaan, beliau cuma mula berniaga dan mempromosikan produk jualan beliau kepada ahli-ahli keluarga dan rakan-rakan terdekat sahaja. Beliau berkongsikan kebaikan produk yang beliau jual dengan ahli keluarga serta sahabat terdekat bagi menggalakan mereka membeli produk jualan beliau. Testimoni pelanggan produk juga di tunjukkan hanya melalui telefon pintar kepada ahli-ahli keluarga .Beliau berkongsi gambar-gambar produk juga melalui whatsapp dengan menghantar gambar-gambar terus kepada pelanggan yang terdiri daripada ahli keluarga dan sahabat. Disebabkan jualan terhad maka , hasil jualan dan bonus yang beliau peroleh juga tidak begitu tinggi disebabkan kurangnya promosi di media-media sosial. Prospek jualan beliau juga tidak begitu meluas. Pendapatan jualan ketika ini sekitar 200 sahaja sebulan.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Dengan penggunaan ICT dalam perniagaan beliau mula belajar mempromosikan produk Shaklee beliau secara meluas di laman sosial seperti facebook , Instagram dan status whatsapp.
Dengan menjadi ahli Pusat Internet, beliau berpeluang mengikuti kursus dan program usahawan yang di jalankan di Pusat Internet .Beliau berpeluang mempelajari cara dan teknik yang betul dalam mempromosikan perkhidmatan serta produk di laman-laman sosial bagi menarik minat pelanggan.Beliau belajar cara mempromosikan jualan di status Whatsapp, story Instagram dan Facebook, belajar membuat broadcast di dalam aplikasi whatsapp dan sebagainya . Beliau sering mengunjungi Pusat Internet bagi menggunakan perkhidmatan yang di sediakan dan beliau juga merupakan salah seorang peserta sukarelawan MIV bagi tahun 2020 ini.
Dengan mempromosikan serta mengiklankan perniagaan beliau di laman sosial,kini beliau lebih di kenali. Rakan- rakan yang jauh serta pelanggan sekitar semenanjung mula membuat belian produk Shaklee dengan beliau. Oleh itu, hasil jualan beliau juga semakin meningkat sehingga mencecah 1000/sebulan.