mcmc
Kisah Kejayaan

(Q4 2019) KEUSAHAWANAN – Pn.Asmawati Binti Mohamed Ali

USAHAWAN CETAKAN (TUDUNG)

NAMA

:

Pn.Asmawati Binti Mohamed Ali

UMUR

:

35 Tahun

AHLI 

: 2018

 

Latar belakang

Pn.Asmawati Binti Mohamed Ali merupakan anak ketiga daripada 5 orang adik beradik. Beliau berkelulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) .Beliau menjalankan perniagaan menjual tudung pelbagai rekaan dan corak yang di cetak sendiri di rumah beliau.

Oleh kerana minat dengan rekaan dan cetakan , beliau sering mencari dan belajar melalui internet. Beliau mengambil kursus dalam bidang fotografi di Empower Bentong bagi menambahkan lagi ilmu pengetahuan dan kemahiran beliau dalam bidang ini. Beliau ingin menjadikan minat itu sebagai satu hobi yang boleh mendatangkan hasil kepada keluarga beliau. Beliau memulakan perniagaan ini pada tahun 2017, dimana beliau mula menjual pelbagai jenis tudung, selendang yang boleh di cetak mengikut rekaan dan corak pilihan pelanggan itu sendiri.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum penggunaan ICT dalam perniagaan, beliau mempromosikan dan menghebahkan perkhidmatan yang beliau sediakan hanya terhad kepada rakan-rakan terdekat serta ahli keluarga sahaja. Hasil jualan dan pendapatan beliau juga tidak tinggi kerana promosi secara ‘’offline’’ kurang membantu beliau meluaskan pasaran hasil cetakan tudung yang beliau niagakan. Beliau juga tidak pernah mendapatkan apa-apa bantuan dari segi modal dari mana-mana agensi. Beliau memulakan perniagaan ini dengan modal sendiri sahaja.

Hasil pendapatan juga tidak begitu tinggi disebabkan kurangnya promosi di media-media sosial. Tempahan juga hanya diterima daripada kenalan rapat serta ahli keluarga terdekat sahaja. Pendapatan yang beliau perolehi dari jualan hasil cetakan tudung ketika ini sekitar 500 sahaja sebulan.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Dengan penggunaan ICT dalam perniagaan beliau mula mempromosikan perkhidmatan cetakan tudung beliau secara meluas di laman sosial seperti facebook ads, fanpage, Instagram,blogspot dan whatsapp..

Dengan mendaftar sebagai ahli Pusat Internet, beliau berpeluang mengikuti kursus dan program usahawan yang di jalankan di Pusat Internet .Beliau belajar cara membuat iklan berbayar melalui laman Facebook. Beliau banyak belajar dan mencari pelbagai rekaan dan corak terkini untuk di cetak di atas tudung dan selendang melalui internet.

Dengan mempromosikan serta mengiklankan perniagaan beliau di laman sosial,kini beliau lebih di kenali. Oleh itu, hasil jualan beliau juga semakin meningkat sehingga mencecah 1500/ sebulan.