mcmc
Kisah Kejayaan

(Q4 2019) KEUSAHAWANAN – Nurul Shima Binti Musa

USAHAWAN KOSMETIK

NAMA

:

Pn.Nurul Shima Binti Musa

UMUR

:

24 Tahun

AHLI 

: 2010

 

Latar belakang

Pn.nurul shima binti musa merupakan anak  ketujuh  daripada 8 orang adik beradik. Beliau berkelulusan sijil pelajaran malaysia (spm) .beliau menjalankan perniagaan menjual barangan kosmetik dan menjadi agen barangan kosmetik.

Oleh kerana minat dengan bidang perniagaan kosmetik, beliau belajar cara memasarkan produk melalui internet. Beliau mengikuti bengkel make up dari dyxy di pusat internet.selain itu juga beliau mengikuti kursus dalam bidang persolekan di empower raub pahang bagi menambahkan ilmu pengetahuan dan kemahiran.

Beliau menjadikan minat bersolek sebagai satu hobi yang boleh mendatangkan hasil kepada keluarga beliau. Beliau memulakan perniagaan ini pada akhir tahun 2018, dimana beliau mula menjual pelbagai jenis barangan kosmetik di rumah sahaja. 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum penggunaan ICT dalam perniagaan, beliau mempromosikan dan menghebahkan perkhidmatan yang beliau sediakan  hanya terhad kepada rakan-rakan terdekat serta ahli keluarga sahaja. Hasil jualan dan pendapatan beliau juga tidak tinggi kerana promosi secara ‘’offline’’ kurang berkesan.Beliau memulakan perniagaan ini dengan modal sendiri sahaja. Hasil pendapatan juga tidak begitu tinggi disebabkan kurangnya promosi di media-media sosial. Pendapatan yang beliau perolehi dari hasil jualan sekitar RM200 sahaja sebulan.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Dengan penggunaan ICT dalam perniagaan beliau mula mempromosikan perniagaan kosmetik beliau secara meluas di laman sosial seperti facebook ads, fanpage, Instagram,blogspot dan whatsapp..

Dengan mendaftar sebagai ahli Pusat Internet, beliau berpeluang mengikuti kursus dan program usahawan yang di jalankan di Pusat Internet .Beliau berpeluang mempelajari cara dan teknik yang betul dalam mempromosikan perkhidmatan serta produk di laman-laman sosial bagi menarik minat pelanggan. Beliau belajar cara membuat iklan berbayar melalui laman Facebook. Beliau banyak belajar dan mencari pelbagai rekaan dan corak terkini untuk di cetak di atas tudung dan selendang melalui internet.  

Dengan mempromosikan serta mengiklankan perniagaan beliau di laman sosial,kini beliau lebih di kenali. Oleh itu, hasil jualan beliau juga semakin meningkat sehingga mencecah RM800 sebulan.