mcmc
Kisah Kejayaan

(Q4 2019) CELIK IT – Saiful Aizam Bin Zagar

NAMA

:

Saiful Aizam Bin Zagar

UMUR

:

14 Tahun

AHLI

:

2013

 

Latar belakang

Saiful Aizam merupakan anak kedua dari 4 orang adik beradik. Beliau berumur 14 tahun dan bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan Mahmud Raub. Saiful sering mengunjungi Pusat Internet untuk melayari internet, melayari laman sosial dan bermain games pendidikan. 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum menyertai kelas yang dianjurkan, beliau hanya menggunakan komputer untuk melayari laman sosial seperti facebook dan bermain games. Beliau kurang mahir dalam penggunaan komputer serta kurang cekap untuk menaip.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Selepas mengikuti kelas yang dianjurkan oleh pihak PI, beliau boleh menggunakan Komputer dengan sebaiknya. Beliau boleh menaip dengan cara yang betul.  Beliau sering mengikuti kelas dan program yang dianjurkan oleh PI diantaranya kelas laman sosial dan kelas Microsoft word. Beliau juga aktif mengikuti program dan bengkel yang dianjurkan. Beliau juga merupakan salah seorang pelajar yang mengikuti tuisyen di Pusat Internet.