NAMA |
: |
Nurul Noorashikin Binti Mohd Rodzi |
UMUR |
: |
11 Tahun |
AHLI |
: |
2018 |
Latar belakang
Nurul Noorashikin Binti Mohd Rodzi adalah seorang pelajar darjah 5 di Sekolah Kebangsaan LKTP Krau 1. Beliau merupakan anak sulong daripada dua orang adik beradik. Noorashikin sering mengunjungi PEDi Felda Krau 1 terutamanya pada hari minggu dan cuti sekolah. Beliau mengunjungi PEDi untuk menghadiri pelbagai kelas yang disediakaan dan membuat carian internet bagi menyiapkan tugasan sekolahnya.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi
Nurul Noorashikin sebelum menyertai pelbagai kelas dan latihan ICT yang dianjurkan PEDi hanya datang ke PEDi untuk melayari laman YouTube mendengar lagu, menonton video dan melayari laman sosial Facebook. Sesekali beliau juga membuat carian google untuk menyiapkan kerja sekolah yang diberikan oleh guru sekolahnya.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi
Setelah mengikuti pelbagai kelas yang dianjurkan oleh pihak PEDi, beliau mula memanfaatkan penggunaan komputer dengan sebaiknya. Beliau semakin berminat untuk lebih memahami dan mendalami penggunaan computer kearah pembelajaran seperti melayari laman web e-pembelajaran seperti puzzle.net, typing test, poster mywall dan pelbagai lagi . Noorashikin yang sering ke PEDi untuk mengikuti kelas-kelas Microsoft Office, menyertai pertandingan yang dianjurkan seperti pertandingan menghasilkan poster, kelas Microsoft Word, Excel dan sebagainya sudah mengusai penggunaan aplikasi Microsoft Word dan sudah mampu untuk menaip menggunakan teknik menaip yang betul. Beliau juga sering menyertai pelbagai program yang dianjurkan seperti sukaneka, hari bersama komuniti serta ringan tulang turut membantu dalam pembersihan kawasan PEDi.