|
NAMA |
: |
Muhammad Thaqif Ahlani B. Shahril |
|
UMUR |
: |
11 Tahun |
|
AHLI |
: |
2020 |
Latar belakang
Muhammad Thaqif Ahlami B. Shahril merupakan anak ketiga dari 4 orang adik beradik. Beliau berumur 11 tahun. Beliau merupakan seorang pelajar tahun 5 di Sekolah Rendah Kebangsaan LKTP Krau 1 . Beliau sering mengunjungi PIK mencari maklumat berkaitan kerja sekolah dan membuat kerja sekolah berkumpulan, menyertai kelas-kelas e-tuisyen di Pusat Internet Komuniti .
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PIK
Sebelum menyertai kelas & latihan ICT yang dianjurkan, beliau hanya datang menggunakan komputer untuk melayari laman sosial dan ,mendengar lagu serta menonton video di youtube selain mencari maklumat berkaitan kerja sekolah beliau sahaja. Beliau kurang pengetahuan dan tidak mahir dalam penggunaan perisian komputer serta kurang cekap untuk menaip.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PIK
Selepas mengikuti kelas yang dianjurkan oleh pihak PIK, beliau telah mula boleh menggunakan komputer dengan sebaiknya. Beliau sudah mula minat menggunakan komputer kearah pembelajaran seperti melayari laman-laman web e-pembelajaran seperti abcya.com, digi puzzle.net, typing test, dan pelbagai lagi . Beliau sudah boleh menaip menggunakan Microsoft Word dengan cara yang betul. Beliau sering mengikuti kelas dan program yang dianjurkan oleh PIK diantaranya kelas e-tuisyen hujung minggu, program pertandingan video kreatif, & kelas Microsoft office.

