mcmc
Kisah Kejayaan

(Q3 2020) KEUSAHAWANAN – Pn. Arni Baizura Bt Arbain

NAMA

:

Pn. Arni Baizura Binti Arbain

UMUR

:

37 Tahun

AHLI 

:

 

 2019

 

Latar belakang

Puan Arni Baizura merupakan anak sulung  daripada 5 orang adik beradik. Beliau berkelulusan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM). Bekas pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Mahmud Raub. Beliau baru sahaja memulakan perniagaan sebagai usahawan kosmetik.

Beliau menjadikan minat bersolek sebagai satu hobi yang boleh mendatangkan hasil kepada diri dan keluarga beliau. Beliau ingin meluaskan perniagaan ini sehingga di kenali ramai.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Untuk permulaan, sebelum penggunaan ICT dan penglibatan PI, pendapatan Pn. Arni Baizura tidak begitu tinggi hanya sekitar RM300 sahaja. Beliau akan membuat mengikut permintaan pelanggan terdekat sahaja melalui hebahan secara ‘’offline’’ kepada rakan-rakan dan keluarga terdekat sahaja. Beliau juga tidak pernah mendapatkan apa-apa bantuan dari segi modal dari mana-mana agensi. Beliau memulakan perniagaan ini dengan modal sendiri sahaja. 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Dengan penggunaan ICT dalam perniagaan beliau mula mempromosikan produk kecantikan secara meluas di laman sosial seperti facebook ads, fanpage dan whatsapp. Dengan mendaftar sebagai ahli Pusat Internet, beliau berpeluang mengikuti kursus dan program usahawan yang di jalankan di Pusat Internet .Beliau berpeluang mempelajari cara dan teknik yang betul dalam mempromosikan produk di laman-laman sosial bagi menarik minat pelanggan. Beliau mengikuti kelas berniaga secara online “Shopee” dan memulakan perniagaan secara online bermula tengah tahun 2020. Dengan mempromosikan serta mengiklankan perniagaan beliau di laman sosial,kini beliau lebih di kenali. Hasil jualan beliau juga semakin meningkat sehingga mencecah 1500/sebulan.