mcmc
Kisah Kejayaan

(Q3 2020) KEUSAHAWANAN – Cik Ku Nural ‘Izzati

NAMA

:

Cik Ku Nural ‘Izzati 

UMUR

:

21 Tahun

AHLI 

:

2010

 

Latar belakang 

Cik Ku Nural ‘Izzati merupakan anak peneroka Felda Krau 1. Beliau merupakan anak ke 5 daripada 6 orang adik beradik . Beliau berkelulusan Diploma Teknlogi Maklumat di Politeknik Ungku Omar, Ipoh. Beliau memulakan perniagaan Chocorice ini sejak zaman belajar lagi sekitar tahun 2017.Setiap bulan beliau akan menghasilkan Chocorice 2-3 kali sebulan di mana stok yang di buat adalah 100 bekas dengan harga jualan RM 5 setiap bekas.

Oleh kerana minat dan hobi , beliau ingin menjadikan perniagaan Chocorice ini sebagai satu hobi yang boleh mendatangkan hasil lumayan kepada diri dan keluarga beliau. Beliau membuat sendiri produk jualan (Chocorice) ini dengan menggunakan modal permulaan sendiri tanpa bantuan dari mana-mana agensi Beliau ingin meluaskan lagi perniagaan ini sehingga di kenali ramai bagi menambah lagi pendapatan beliau. 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum penggunaan ICT dalam perniagaan, beliau cuma berniaga dan mempromosikan produk jualan beliau di sekitar kampus tempat beliau belajar dan pelanggan beliau terdiri daripada rakan-rakan belajar serta keluarga terdekat sahaja. Produk yang dihasilkan juga adalah terhad sekitar 100 bekas Chocorice sahaja yang mana di jual dengan harga RM5.00 /sebekas. Hasil jualan juga tidak begitu tinggi disebabkan kurangnya promosi di media-media sosial. Prospek jualan beliau juga tidak begitu meluas. Pendapatan jualan ketika ini sekitar 500 sahaja sebulan.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Dengan penggunaan ICT dalam perniagaan beliau mula mempromosikan produk (Chocorice) beliau secara meluas di laman sosial seperti facebook , Intagram dan whatsapp..

Dengan menjadi ahli Pusat Internet, beliau berpeluang mengikuti kursus dan program usahawan yang di jalankan di Pusat Internet .Beliau berpeluang mempelajari cara dan teknik yang betul dalam mempromosikan perkhidmatan serta produk di laman-laman sosial bagi menarik minat pelanggan. Beliau belajar cara membuat iklan berbayar melalui laman Facebook, cara memulakan perniagaan di kedai Shopee dan sebagainya. Beliau sering mengunjungi Pusat Internet  bagi menggunakan perkhidmatan yang di sediakan.

Dengan mempromosikan serta mengiklankan perniagaan beliau di laman sosial,kini beliau lebih di kenali. Beliau perlu menambah stok lebih banyak setiap bulan kerana permintaan terhadap produk (Chocorice) beliau semakin meningkat . Oleh itu, hasil jualan beliau juga semakin meningkat sehingga mencecah 1000/sebulan.