mcmc
Kisah Kejayaan

(Q3 2020) CELIK IT – Nur Sarah Alia Bt Muhd Fairuszy

NAMA

:

Nur Sarah Alia Bt Muhd Fairuszy

UMUR

:

12 Tahun

AHLI

:

2014

 

Latar belakang

Adik Nur Sarah Alia merupakan anak bongsu dari 2 orang adik beradik. Beliau berumur 12 tahun dan bersekolah di Sekolah Kebangsaan LKTP Felda Krau 1 Raub Pahang. Nur Sarah Alia sering mengunjungi Pusat Internet untuk melayari internet, melayari laman sosial, membuat kerja sekolah bersama rakan-rakan dan bermain games pendidikan.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum menyertai kelas yang dianjurkan, beliau hanya menggunakan komputer untuk melayari laman sosial seperti facebook dan bermain games. Beliau kurang mahir dalam penggunaan komputer serta kurang cekap untuk menaip. Beliau juga membawa telefon bimbit untuk bermain games online.Beliau juga datang ke PI untuk membuat kerja sekolah bersama rakan-rakan.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Selepas mengikuti kelas yang dianjurkan oleh pihak PI, beliau boleh menggunakan Komputer dengan sebaiknya. Beliau boleh menaip dengan cara yang betul.  Beliau sering mengikuti kelas dan program yang dianjurkan oleh PI diantaranya kelas laman sosial dan kelas Microsoft word. Beliau juga aktif mengikuti program dan bengkel yang dianjurkan. Beliau juga merupakan salah seorang pelajar yang mengikuti tuisyen di Pusat Internet. Beliau juga sering menolong petugas Pusat internet membersihkan kawasan Pusat Internet seperti menyapu sampah, membakar sampah dan mengelap cermin dan pintu kaca.