USAHAWAN JAHITAN
NAMA |
: |
Pn.Siti Nor Fatonah Bt Rahmad |
UMUR |
: |
32 Tahun |
AHLI |
: | 2013 |
Latar belakang
Pn.Siti Nor Fatonah merupakan seorang anak peneroka Felda Krau 1. Anak ketiga daripada 5 orang adik beradik.Beliau berkelulusan Diploma Legal Secretary.Beliau telah mengikuti kursus jahitan di Pusat Giat Mara Raub. Setelah berkahwin beliau menetap di Raub bersama suami.
Dengan minat yang mendalam beliau dalam bidang jahitan beliau cuba untuk menjadikan jahitan ini satu hobi dan bermula dengan menjahit baju-baju asas wanita seperti baju kurung. Apabila kenalan-kenalan rapat melihat hasil jahitan beliau mereka berminat untuk membuat tempahan jahitan dengan beliau. Beliau mula mengambil tempahan jahitan dari pelanggan dan menjadikan perkhidmatan jahitan ini juga salah satu daripada sumber pendapatan beliau sekeluarga bermula tahun 2018 sehingga kini.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Sebelum penggunaan ICT dalam perniagaan, beliau mempromosikan perkhidmatan beliau kepada rakan-rakan terdekat serta ahli keluarga sahaja. Beliau juga tidak pernah mendapatkan apa-apa bantuan dari segi modal dari mana-mana agensi. Beliau memulakan perniagaan ini dengan membeli alatan jahitan menggunakan modal sendiri sahaja. Hasil pendapatan juga tidak begitu tinggi disebabkan kurangnya promosi di media-media sosial. Fesyen-fesyen jahitan beliau juga masih yang asas sahaja. Tempahan juga hanya diterima daripada kenalan rapat serta ahli keluarga terdekat sahaja. Pendapatan hasil jahitan ketika ini sekitar 500 sahaja sebulan.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Dengan penggunaan ICT dalam perniagaan beliau mula mempromosikan perkhidmatan jahitan beliau secara meluas di laman sosial seperti facebook,Instagram, e-Bay dan melalui agent. Dengan menjadi ahli Pusat Internet beliau berpeluang mengikuti kursus dan program usahawan yang di jalankan di Pusat Internet .
Beliau juga berpeluang mempelajari cara dan teknik yang betul dalam mempromosikan perkhidmatan serta produk di laman-laman sosial bagi menarik minat pelanggan. Beliau banyak belajar dan mencuba teknik-teknik jahitan serta fesyen-fesyen jahitan secara online melalui youtube, group jahitan online di Facebook dan sebagainya. Beliau mengiklankan hasil-hasil jahitan beliau dalam bentuk video ringkas bagi menarik minat pelanggan.Dengan mempromosikan serta mengiklankan perniagaan beliau di laman sosial, beliau lebih di kenali. Dengan ini , hasil jualan beliau juga semakin meningkat sehingga mencecah 1000/ sebulan apabila perkhidmatan semakin dikenali ramai.