mcmc
Kisah Kejayaan

(Q3 2019) KEUSAHAWANAN – En. Roshidi Bin Othman

USAHAWAN FOODTRUCK

NAMA

:

En.Roshidi Bin Othman

UMUR

:

36 Tahun

AHLI 

: 2010

 

Latar Belakang

En. Roshidi Bin Othman merupakan seorang anak peneroka Felda Krau 1. Beliau berkelulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di Sekolah Menengah Kebangsaan Mahmud Raub. Beliau mengusahakan perniagaan Food Truck. Beliau menjual makanan dan minuman di sekitar daerah Raub Pahang.

Food truck yang diusahakan oleh beliau adalah perniagaan yang berasaskan makanan walaupun kadang-kadang ada juga yang menjual produk lain selain makanan. Jenis-jenis makanan yang dijual di atas food truck ini pula ada had-had yang tertentu kerana keadaan fizikal trak yang di ubahsuai ini mempunyai ruang yang terhad. Kebiasaannya, En Roshidi menjual Nasi Kukus Ayam Penyet, Nasi kukus puyuh, pelbagai jenis air minuman, keropok dan aiskrim goreng.

Beliau mula berjinak dalam perniagaan Food Truck ini pada hujung tahun 2017. Beliau hanya belajar melalui rakan-rakan yang pernah dan sedang berniaga menggunakan Food Truck. Oleh kerana minat yang mendalam dalam perniagaan ini telah membawa beliau mengikuti kelas-kelas berkaitan Food truck dan kelas pemasaran online

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum menggunakan ICT, En Roshidi hanya menjual makanan dan minuman di pasar malam sekitar daerah Bentong dan Raub. En. Roshidi perlu memasak makanan seperti Nasi kukus ayam penyet dan nasi kukus puyuh di rumah sebelum dibawa ke pasar malam. Hasil jualan dan pendapatan yang beliau perolehi juga mengikut cuaca di kawasan tersebut. Beliau perlu membuka payung dan meja seawal jam 3 petang. Kebiasaanya hasil pendapatan dalam sekitar RM 400-RM600.00 sahaja.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Dengan penggunaan ICT dalam perniagaan beliau mula mencari idea-idea kemahiran usahawan. Beliau sering datang ke pusat internet untuk membuat menu minuman makanan, membuat bunting dan flyers. Beliau juga telah mempromosikan produk jualan beliau di laman sosial seperti facebook,Instagram dan whatsapp. Dengan menjadi ahli Pusat Internet beliau berpeluang mengikuti kursus dan program usahawan yang di jalankan di Pusat Internet seperti kelas online marketing, dan banyak lagi. Beliau juga berpeluang mempelajari cara dan teknik yang betul dalam mempromosikan perkhidmatan serta produk di laman-laman sosial bagi menarik minat pelanggan. Beliau tidak perlu lagi memasak seawall pagi untuk berniaga di malam hari. Ini kerana beliau boleh memasak di atas truck. Beliau hanya datang ke tapak perniagaan pada jam 4 petang untuk mula memasak.

Kelas usahawan yang beliau hadiri banyak membantu beliau dalam mengembangkan lagi perniagaan beliau. Beliau belajar cara membuat iklan berbayar melalui laman Facebook. Dengan mempromosikan serta mengiklankan perniagaan beliau di laman sosial, beliau lebih di kenali. Dengan ini , hasil jualan beliau juga semakin meningkat sehingga mencecah RM2000 untuk sehari berniaga.