NAMA |
: |
Mohd Irfan Bin Azeman |
UMUR |
: |
13 Tahun |
AHLI |
: |
2018 |
Latar belakang
Mohd Irfan merupakan anak ketiga dari 4 orang adik beradik. Beliau berumur 13 tahun dan bersekolah di Sekolah Menengah Mahmud Raub. Mohd Irfan sering mengunjungi Pusat Internet untuk melayari internet, tuisyen, melayari laman sosial dan bermain games pendidikan bersama kawan-kawan.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Sebelum menyertai kelas yang dianjurkan, beliau hanya menggunakan komputer untuk melayari laman sosial seperti facebook dan melayari youtube. Beliau kurang mahir dalam menaip dan menggunakan Microsoft Office.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Selepas mengikuti kelas/aktiviti yang dianjurkan oleh pihak PI, beliau boleh menggunakan Komputer dengan sebaiknya. Beliau boleh menaip dengan cara yang betul. Beliau sering mengikuti kelas dan program yang dianjurkan oleh PI diantaranya kelas laman sosial dan kelas Microsoft word. Beliau juga aktif mengikuti program dan bengkel yang dianjurkan. Beliau juga merupakan salah seorang pelajar yang mengikuti tuisyen di Pusat Internet. Beliau juga sering mengikuti program advokasi klik dengan bijak di Pusat Internet.