NAMA |
: |
Fitriani Rania Binti Ahmad Fitri |
UMUR |
: |
10 Tahun |
AHLI |
: |
2023 |
Latar belakang
Fitriani Rania Binti Ahmad Fitri berumur 10 tahun merupakan seoarang pelajar tahun 4 dari Sekolah Rendah Kebangsaan Felda Krau 1. Beliau merupakan anak ke 3 dalam keluarga daripada 4 orang adik beradik. Sejak berdaftar sebagai ahli NADI Felda Krau 1, beliau sering mengunjungi NADI untuk melayari internet dan bermain permainan-permainan komputer bersama rakan-rakan yang lain di NADI ini. Rania kerap mengunjungi NADI pada waktu cuti sekolah.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan NADI
Sebelum diberi pendedahan dengan pengetahuan ICT, Rania sering mengunjungi NADI dan lebih banyak menghabiskan masa untuk menonton video di laman Youtube dan bermain permainan komputer bersama rakan-rakan di NADI. Pada ketika ini, beliau masih lagi kurang pendedahan terhadap ilmu ICT. Tahap penguasaan komputer masih lemah dan kurang mahir dalam menggunakan perkakasan komputer seperti keyboard serta perisian-perisian asas yang utama seperti Microsoft Office.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan NADI
Selepas penglibatan petugas NADI dalam usaha membantu melahirkan para pelajar yang celik ICT melalui kelas dan program yang di jalankan di NADI , kini Rania semakin mahir dalam menggunakan komputer dan semakin minat untuk datang ke NADI bagi mempelajari ilmu-ilmu berkaitan ICT . Beliau selalu tidak melepaskan peluang untuk melibatkan diri dengan kelas dan program ICT yang dijalankan di NADI, di antaranya seperti Kelas Asas Microsoft Office, Kelas Multimedia, Kelas Mencipta Poster dan sebagainya . Dengan ini, beliau telah berjaya menguasai kemahiran menggunakan perisian asas komputer dengan lebih baik dan cekap setelah mengikuti kelas- kelas dan latihan yang telah dianjurkan oleh NADI.
Rania juga sering mengikuti program yang di jalankan di NADI seperti program cuti sekolah STEM / IOT, kelas Coding dan sebagainya. Beliau juga turut menyertai pertandingan ICT yang dianjurkan oleh NADI seperti pertandingan menghasilkan poster, Kuiz Kahoot ICT, pertandingan sukaneka dan banyak lagi.