USAHAWAN MAKANAN RINGAN (Kerepek Pisang & Rempeyek)
NAMA |
: |
Noorshuhada Binti Mohd Saupi |
UMUR |
: |
36 Tahun |
AHLI |
: |
2014 |
Latar belakang
Puan Noorshuhada Binti Mohd Saupi merupakan generasi kedua di Felda Krau 1. Beliau merupakan anak ke 4 daripada 5 orang adik beradik. Beliau berkelulusan SPM dari Sekolah Menengah Kebangsaan Mahmud Raub. Beliau adalah seorang ibu tunggal yang mempunyai 1 orang anak dan menetap di Felda Krau 1 bersama ibubapanya. Beliau mula menceburi bidang perniagaan ini sekitar tahun 2016 ketika beliau masih bujang. Pada mulanya beliau hanya menjadikan aktiviti membuat kerepek dan rempeyek ini satu hobi. Dengan minat yang beliau ada beliau ingin cuba menjadikan hobi ini satu aktiviti yang boleh mendatangkan pendapatan buat beliau dan keluarga.Oleh itu, beliau cuba memasarkan produk kerepek pisang beliau dengan meletakkan di kedai-kedai runcit berdekatan. Dari situlah bermulanya perjalanan perniagaan kerepek pisang dan rempeyek yang di usahakan sendiri oleh Pn.Shuhada. Beliau berhasrat mengembangkan perniagaan beliau ini secara lebih meluas lagi bagi menampung kehidupan beliau sebagai ibu tunggal.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi
Sebelum menggunakan ICT dan penglibatan PEDi dalam perniagaan, Puan Shuhada hanya mempromosikan produk kerepek pisang dan rempeyek beliau dengan meletakkan di kedai-kedai runcit, kedai makan dan promosi kepada rakan-rakan serta jiran-jiran terdekat sahaja. Hasil jualan beliau ketika ini juga masih rendah sekitar RM 200- RM 300 sahaja sebulan.Untuk permulaan beliau hanya menggunakan modal sendiri secara kecil-kecilan . Apabila mula mendapat tempahan dari jiran tetangga dan rakan-rakan yang pernah mencuba kerepek beliau , Pn.Shuhada mula mencari ilmu dan mula mendapatkan bantuan suntikan modal perniagaan dari agensi seperti Amanah Ikhtiar Malaysia untuk mengembangkan lagi perniagaan beliau. Pada ketika ini promosi yang di jalankan masih lagi secara “offline”.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi
Dengan sedikit sebanyak pengetahuan ICT yang diperolehi, Pn.Shuhada mula belajar mempromosikan produk kerepek beliau secara lebih meluas di laman media sosial seperti Facebook dan Whatsapps (Group jualan bazar & status). Dari sini, pengetahuan beliau semakin bertambah di mana beliau berpeluang mempelajari teknik-teknik mempromosikan produk serta menambahkan prospek dan target jualan dengan lebih meluas dan berkesan. Beliau mula mempromosikan produk kerepek pisang dan rempeyek beliau ke dalam page group di laman Facebook bagi meluaskan dan mengembangkan lagi jualan beliau.
PEDi juga memainkan peranan membantu Pn.Shuhada dengan menyediakan kelas usahawan seperti kelas fotografi LED mini studio . Melalui kelas ini, Pn.Shuhada berpeluang mempelajari teknik mengambil foto produk dengan sudut, pencahayaan yang betul supaya dapat menghasilkan foto produk yang lebih kemas , eksklusif dan cantik untuk dijadikan bahan promosi. Produk kerepek pisang dan rempeyek yang di hasilkan Pn.Shuhada semakin meningkat bukan sahaja di musim-musim perayaan malah boleh di katakan hamper setiap hari beliau menerima tempahan dari pelanggan melalui Whatsapp dan medial sosial Facebook. Pendapatan jualan beliau juga semakin meningkat sehingga RM 1500 sebulan.