NAMA |
: |
Nur Hazidah Bt Nordin |
UMUR |
: |
27 Tahun |
AHLI |
: |
2010 |
USAHAWAN PRODUK KESIHATAN (HOMEMADE)
Latar belakang
Cik Nur Hazidah Nordin merupakan seorang anak kepada peneroka di Felda Krau 1. Beliau merupakan anak bongsu daripada 3 orang adik beradik. Beliau merupakan seorang graduan Universiti Putra Malaysia dalam bidang bio-industri. Beliau seorang yang sangat minat dengan dunia perniagaan. Sebelum ini beliau bermula dengan menjadi agen & dropship produk-produk orang lain. Beliau memulakan jualan barangan kosmetik atas talian pada tahun 2014 sebagai ‘dropship’. Selepas enam bulan, beliau memberanikan diri untuk menggunakan wang biasiswa dan mengambil stok barang jualan dan lebih serius dalam perniagaannya.
Oleh kerana minat mendalam dengan dunia perniagaan sejak zaman belajar lagi, pada tahun 2020, beliau mendaftar kan diri dengan SSM atas nama syarikat Sona Nurr Global, seterusnya mengeluarkan produk penjagaan diri atas jenama Nurr Healthcare. Produk ini adalah hasil tangan beliau sendiri. Beliau banyak mencari maklumat dan belajar sendiri cara-cara membuat produk melalui youtube .
Beliau amat berharap supaya produk nya dapat dipasarkan dalam pasaran yang lebih luas, di seluruh negara khususnya. Disamping itu, beliau bercadang untuk menghasilkan produk nya dalam skala yang lebih besar dengan penggunaan mesin khas.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PIK
Untuk permulaan, sebelum penggunaan ICT meluas dan penglibatan PIK, pendapatan jualan produk homemade Cik Hazidah tidak begitu tinggi hanya sekitar RM500 sahaja. Promosi jualan beliau ketika ini jugak tidak begitu meluas tertumpu kepada kenalan dan rakan-rakan terdekat serta jiran-jiran tetangga sahaja yang mengenali beliau. Hebahan juga hanya secara ”offline” .
Produk yang beliau hasilkan juga tidak begitu banyak dan masih dalam tempoh pengenalan kepada pelanggan-pelanggan terdekat untuk mendapatkan keyakinan dan target pelanggan . Pada ketika ini jugak Cik Hazidah masih bergerak sendiri dengan mempromosikan produk-produk hasil tangan beliau sendiri.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PIK
Dengan penggunaan ICT dalam perniagaan Cik Hazidah mula mempromosikan produk buatan beliau secara meluas di laman sosial seperti facebook , whatsapp , dan kini di pasaran kedai Shopee atas talian. Dengan menjadi ahli Pusat Internet Komuniti , beliau berpeluang mengikuti kursus dan program usahawan yang di jalankan di PIK . Beliau di beri pendedahan supaya aktif mempromosikan jualan beliau menggunakan facebook Fanpage supaya target prospek pelanggan beliau lebih meluas. Beliau juga berpeluang mengikuti kelas usahawan online Shopee untuk strategi dan langkah-langkah pemasaran perniagaan atas talian bagi mempromosikan kedai Shopee beliau secara lebih meluas. Cik Hazidah juga berpeluang mempelajari cara mengambil gambar produk dengan lebih menarik dan berkualiti di PIK untuk tujuan pemasaran.Beliau juga kini sedang menyertai pertandingan usahawan digital online anjuran PIK.
Dengan mempromosikan serta mengiklankan perniagaan beliau di laman sosial dan kedai atas talian (Shopee) ,kini beliau lebih di kenali. Beliau dapat mula meluaskan pasaran jualan produk beliau ke seluruh Malaysia. Pada awalnya beliau hanya fokus kepada pembuatan sabun tapi kini beliau sudah mampu mempelbagaikan produk homemade beliau seperti serum, lotion , balm, sanitizer dan pelbagai lagi. Kini, beliau mempunyai beberapa orang agent jualan dan memasarkan produk beliau di seluruh Malaysia.. Oleh itu, hasil jualan beliau juga semakin meningkat sehingga mencecah 2500/ sebulan.