NAMA |
: |
Nur Aliah Maisarah Bt Muhammad |
UMUR |
: |
12 Tahun |
AHLI |
: |
2018 |
Latar belakang
Nur Aliah Maisarah Bt Muhammad merupakan anak ke-2 daripada 3 orang adik- beradik. Beliau berumur 12 tahun. Beliau bersekolah di Sekolah Rendah Kebangsaan KLTP Krau 1. Nur Aliah sering berkunjung ke PIK untuk mencari maklumat berkaitan kerja sekolah dan membuat kerja sekolah berkumpulan di Pusat Internet Komuniti.Beliau juga sering menggunakan perkhidmatan yang di sediakan di PIK untuk menyelesaikan tugasan kerja sekolah beliau.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PIK
Sebelum menyertai kelas yang dianjurkan, beliau hanya menggunakan komputer untuk melayari laman sosial seperti facebook dan mendengar lagu serta menonton video youtube dan juga bermain game. Beliau kurang mahir dalam penggunaan perisian komputer serta kurang cekap untuk menaip.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PIK
Selepas mengikuti kelas yang dianjurkan oleh pihak PIK, beliau sudah boleh menggunakan peralatan dan perisian komputer dengan sebaiknya. Beliau boleh menaip menggunakan Microsoft Word dengan cara yang betul. Beliau mula melayari laman web berkaitan pendidikan di PIK contohnya seperti Quizizz.com. Beliau sering mengikuti kelas dan program yang dianjurkan oleh PIK diantaranya kelas Microsoft Office ,Kelas Tuisyen, Kelas ICT . Beliau juga aktif mengikuti program dan bengkel yang dianjurkan di PIK.