USAHAWAN PRODUK KECANTIKAN & KESIHATAN
NAMA |
: |
Pn.Sumiani Binti Adi Setiadi |
UMUR |
: |
40 Tahun |
AHLI |
: | 2014 |
Latar belakang
Pn. Sumiani merupakan isteri kepada anak peneroka Felda Krau 1. Beliau berasal dari Indonesia dan menetap di Felda Krau 1 selepas berkahwin. Beliau merupakan usahawan menjual kuih dan usahawan produk kesihatan dan kecantikan. Beliau mula berniaga barangan produk kesihatan dan kecantikan sejak awal tahun 2020.
Beliau mula menceburi dunia perniagaan ini dengan menjadi dropship produk-produk kesihatan. Apabila jualan mula meningkat beliau mencuba untuk meneruskan perniagaan menjadi agen jualan kepada produk-produk yang beliau jual. Beliau menggunakan modal permulaan sendiri tanpa bantuan dari mana-mana agensi. Beliau bercadang meluaskan lagi promosi perniagaan yang beliau jalankan kerana ingin menjadikan perniagaan ini sumber pendapatan beliau bagi membantu keluarga.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Sebelum penggunaan ICT dalam perniagaan, beliau mempromosikan produk jualan beliau kepada rakan-rakan terdekat serta ahli keluarga sahaja. Hasil jualan juga tidak begitu tinggi disebabkan kurangnya promosi di media-media sosial. Prospek jualan beliau juga tidak begitu meluas. Jualan juga dapat di buat hanya di kalangan rakan-rakan dan keluarga terdekat sahaja. Pendapatan jualan ketika ini sekitar 500 sahaja sebulan.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Dengan penggunaan ICT dalam perniagaan beliau mula mempromosikan perkhidmatan dan produk bakeri beliau secara meluas di laman sosial seperti facebook ads, fanpage dan whatsapp..
Dengan mendaftar sebagai ahli Pusat Internet, beliau berpeluang mengikuti kursus dan program usahawan yang di jalankan di Pusat Internet .Beliau berpeluang mempelajari cara dan teknik yang betul dalam mempromosikan perkhidmatan serta produk di laman-laman sosial bagi menarik minat pelanggan. Beliau belajar cara membuat iklan berbayar melalui laman Facebook, cara membina website perniagaan sendiri dan banyak lagi.
Dengan mempromosikan serta mengiklankan perniagaan beliau di laman sosial,kini beliau lebih di kenali. Oleh itu, hasil jualan beliau juga semakin meningkat sehingga mencecah 1000/sebulan.