mcmc
Kisah Kejayaan

(Q2 2020) CELIK IT – Siti Shafiqah Akmaliah Bt Zagar

WhatsApp Image 2020-07-06 at 09.56.59

 

NAMA

:

Siti Shafiqah Akmaliah Bt Zagar

UMUR

:

18 Tahun

AHLI

:

2010

 

Latar belakang

Siti Shafiqah Akmaliah merupakan anak sulung dari 4 orang adik beradik. Beliau berumur 18 tahun dan lepasan pelajar SPM Sekolah Menengah Kebangsaan Mahmud Raub. Siti Shafiqah Akmaliah sering mengunjungi Pusat Internet untuk melayari internet, melayari laman sosial dan bermain games pendidikan.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum menyertai kelas yang dianjurkan, beliau hanya menggunakan komputer untuk melayari laman sosial seperti facebook dan instagram. Beliau kurang mahir dalam penggunaan komputer serta kurang cekap untuk menaip. Beliau juga membawa telefon bimbit untuk melayari laman sosial.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Selepas mengikuti kelas yang dianjurkan oleh pihak PI, beliau boleh menggunakan Komputer dengan sebaiknya. Beliau boleh menaip dengan cara yang betul.  Beliau sering mengikuti kelas dan program yang dianjurkan oleh PI diantaranya kelas laman sosial dan kelas Microsoft word. Beliau juga aktif mengikuti program dan bengkel yang dianjurkan.