mcmc
Kisah Kejayaan

Q1-2025-KEUSAHAWANAN-MUHAMMAD AZIZAN BIN SAMSURI

KEJAYAAN USAHAWAN(GERAI MAKANAN)

NAMA : Muhammad Azizan bin Samsuri
UMUR : 29 Tahun
AHLI : 2010

Latar belakang

Muhammad Azizan bin Samsuri merupakan anak bongsu dalam sebuah keluarga yang menetap di Felda Krau 1.Bermula sejak zaman kanak-kanak lagi beliau sering membantu ibunya berniaga makanan dan minum petang digerai kecil dikawasan berhampiran rumahnya.   Dengan semangat yang tinggi dan minat mendalam terhadap bidang kulinari dan dunia perniagaan, kini beliau telah mewarisi dan mengembangkan lagi  perniagaan gerai makanan ibunya.

Beliau memulakan langkah pertama dalam dunia perniagaan dengan menjual makanan harian seperti masakan lauk-pauk tengahri, masakan panas,  goreng pisang , keropok lekor , ABC, Cendol dan “Ice Blended”. Minat beliau terhadap bidang masakan telah berkembang daripada hobi kepada sumber pendapatan tetap. Di musim-musim perayaan Azizan akan menjual aneka jenis biskut raya & kerepek di gerainya. Beliau juga meletakkan produk jualan beliau dikedai runcit berhampiran rumah beliau.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan NADI

Sebelum ini, promosi gerai makanan Azizan hanyalah melalui mulut ke mulut. Kebanyakan pelanggan yang berkunjung ke gerai beliau terdiri daripada jiran dan komuniti setempat . Pendapatan ketika itu tidak menentu, sekitar  RM 200-RM400 sebulan, bergantung kepada jumlah pelanggan harian.

Beliau juga menghadapi kekangan dari segi promosi gerai makanan dan produk jualan beliau kerana tiada pengetahuan dan  pendedahan asas dalam penggunaan ICT.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan NADI

Dengan sedikit sebanyak pengetahuan ICT yang diperolehi, Azizan mula belajar mempromosikan gerai beliau di kumpulan Whatsapp (Group jualan bazar niaga ) dan status Whatsapp. Beliau sering memuat naik menu-menu masakan dan makanan yang dijual setiap hari. Dari sini, pengetahuan beliau semakin bertambah di mana beliau berpeluang mempelajari teknik-teknik mempromosikan produk serta menambahkan prospek dan target pelanggan dengan lebih meluas dan berkesan. Kini, gerai beliau bukan sahaja dikunjungi oleh penduduk tempatan, malah menarik pelanggan dari kawasan luar Felda juga. Pendapatan bulanan meningkat sehingga mencecah RM1,500–RM2,000. Beliau juga mula menerima tempahan makanan untuk sebarang majlis.

NADI juga memainkan peranan membantu beliau dengan menyediakan kelas dan program-program yang melibatkan usahawan.Melalui kelas dan program ini, Azizan berpeluang mempelajari ilmu perniagaan dari segi pengurusan kewangan dan cara mempromosikan jualan dengan lebih berkesan. Azizan juga melibatkan diri dengan program usahawan di NADI seperti jualan booth Bazar Raya NADI pada tahun ini bagi mempromosikan produk aneka biskut dan kerepek raya beliau.