mcmc
Kisah Kejayaan

(Q1 2024) KEUSAHAWANAN – Puan Nor Asni Binti Ghazali

USAHAWAN PAKAIAN(Le Dolce Nor) 

NAMA

:

Nor Asni Binti Ghazali

UMUR

:

58 Tahun

AHLI

:

2022

 

Latar belakang

Puan Nor Asni Binti Ghazali merupakan seorang penerokawati Felda Krau 1. Beliau dikurniakan dengan 4 orang cahaya mata. Beliau berasal dari Selama, Perak dan berhijrah ke Pahang setelah berkahwin. Beliau merupakan seorang suri rumah sepenuh masa yang sangat minat dengan dunia perniagaan. Dengan minat yang mendalam dalam bidang perniagaan, beliau bermula dengan menjual kuih-muih, barang kemas, mainan kanak-kanak dan pelbagai lagi.

Pada tahun 2010, Puan Nor Asni telah memulakan perniagaan pakaiannya dengan menjual di Raub Night Bazaar (RNB) dan pasar pagi Ahad. Kaedah penjualan produk pakaian nya hanyalah secara “offline” di pasar dan dari rumah ke rumah menggunakan sistem hutang.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan NADI

Sebelum menggunakan ICT dan penglibatan NADI dalam perniagaan Puan Asni hanya berniaga secara offline di rumah, pasar, bazaar dan booth karnival. Beliau juga menghebahkan mengenai produk beliau hanya melalui mulut ke mulut kepada pelanggan- pelanggannya.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan NADI

Dengan pengetahuan ICT yang diperolehi oleh Puan Asni beliau membuka akaun laman sosial iaitu Facebook dan Instagram. Disitu beliau baru melihat bagaimana usahawan – usahawan yang lain mempromosikan produk mereka di laman sosial dengan mendapat sambutan yang lebih baik. Pn. Asni mula berjinak mempromosikan jualannya melalui laman sosial Facebook dan Facebook page beliau dan laman facebook group penduduk daerah sekitar.

Dari masa ke semasa Pn Asni telah banyak mempelajari teknik pengiklanan produk yang lebih berkesan untuk menarik minat lebih ramai pelanggan. Pelanggan Pn Asni bertambah ramai meliputi pelanggan dari pelbagai daerah bukan hanya dari daerah Raub.

Beliau juga berpeluang mengikuti pelabagai kelas keusahawanan yang telah dianjurkan oleh NADI Felda Krau 1 seperti kelas pemasaran secara atas talian, perbankan atas talian, teknik fotografi dan pelbagai lagi yang memberi impak dalam meluaskan perniagaan beliau seterusnya meningkatkan pendapatan perniagaan beliau.