USAHAWAN KUIH TRADISIONAL (Eillyana Umi Bte Mohd Supian)
NAMA |
: |
Eillyana Umi Bte Mohd Supian |
UMUR |
: |
35 Tahun |
AHLI |
: |
2023 |
Latar belakang
Puan Eillyana Umi Bte Mohd Supian merupakan generasi kedua di Felda Krau 1. Beliau dikurniakan dengan 4 orang cahaya mata. Beliau berkelulusan Diploma Kejuruteraan Awam dari Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah (POLISAS) Kuantan, Pahang. Beliau merupakan seorang suri rumah sepenuh masa. Beliau seorang yang sangat minat dengan dunia perniagaan. Dengan minat yang mendalam dalam bidang perniagaan, beliau memulakan perniagaan di bandar Selama, Perak dengan menjual kuih peneram resepi warisan turun temurun keluarga beliau di kaki lima Maybank Selama. Pada tahun 2020, Puan Eillyana Umi telah berpindah semula ke kampung halaman beliau Felda Krau. Disinilah titik permulaan perkembangan perniagaan milik Puan Eillyana Umi. Beliau masih menggunakan Teknik pemasaran yang sama ketika beliau berniaga di Perak iaitu perniagaan secara diluar talian.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi
Sebelum menggunakan ICT dan penglibatan PEDi dalam perniagaan, Puan Eillyana Umi hanya menjual produk Peneram Umi dengan membuka booth di hadapan Maybank Raub. Pn Umi hanya menggunakan medium penjalan secara luar talian dan menghebahkan produk beliau melalui hebahan mulut ke mulut daripada pelanggan yang pernah membeli produk beliau. Beliau juga hanya menerima pesanan dari pelanggan daripada aplikasi WhatsApp.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi
Dengan pengetahuan ICT yang diperolehi oleh Pn Elliyana Umi, beliau membuka akaun laman sosial iaitu Facebook. Disitu beliau baru melihat bagaimana usahawan – usahawan yang lain mempromosikan produk mereka di laman sosial dengan mendapat sambutan yang lebih baik. Pn. Umi mula berjinak mengiklankan produk beliau di laman Facebook peribadi beliau. Selepas itu, produk Peneram Umi mula menerima lebih banyak tempahan dari orang sekeliling dan Pn Umi mula memasuki group penduduk Raub dan bandar – bandar disekitar untuk mengiklankan produk beliau supaya lebih terkenal. Beliau juga berpeluang untuk menghadiri kelas usahawan yang disediakan di PEDi seperti kelas fotografi LED mini studio. Dengan menghadiri kelas ini, Puan Umi dapat mempelajari teknik untuk mengambil foto produk dengan sudut, pencahayaan yang betul supaya dapat menghasilkan foto produk yang cantik dan baik. PEDi juga membantu Puan Umi untuk menghasilkan kertas cadangan bagi Puan Umi meminta bantuan suntikan modal dari pihak RISDA. Dengan teknik promosi yang bagus produk Puan Umi semakin banyak menerima tempahan sehingga mendapat keuntungan sebanyak RM2500 sebulan.