mcmc
Kisah Kejayaan

(Q1 2022) KEUSAHAWANAN – Azimah Bt Ali

NAMA

:

Azimah Bt Ali

UMUR

:

32 Tahun

AHLI

:

 

 2010

USAHAWAN  TUDUNG (BCF)

Latar belakang

Puan Azimah Binti Ali merupakan seorang anak kepada peneroka di Felda Krau 1. Beliau merupakan anak ke 4 daripada 6 orang adik beradik. Beliau berkelulusan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) di Sekolah Menengah Kebangsaan Mahmud Raub.Beliau merupakan seorang suri rumah sepenuh masa. Beliau seorang yang sangat minat dengan dunia perniagaan. Dengan minat yang beliau ada di samping membantu suami menambahkan pendapatan keluarga, beliau mula menceburi dunia perniagaan sekitar tahun 2016 di mana perniagaan beliau bermula dengan menjual pakaian kanak-kanak di pasar-pasar malam berdekatan kawasan bandar Raub. Pada tahun 2018 , di sebabkan atas faktor kesihatan beliau terpaksa berhenti daripada berniaga di pasar malam.

Pada tahun 2019 beliau mula berniaga sebagai dropship untuk produk Tudung Souk keluaran BCF (By Che Liza). Apabila rakan-rakan dan saudara mara terdekat mengenali produk yang beliau jual, Pn.Azimah mula menaik taraf mendaftarkan diri sebagai agen untuk produk ini. Dengan menjadi agen keuntungan beliau peroleh lebih besar dan beliau berpeluang mengambil dan menyimpan stok sendiri. Disamping berniaga secara offline beliau berniat untuk berniaga produk ini secara digital untuk lebih meluaskan kenalan dan supaya produk Tudung Souk ini lebih di kenali di serata negeri dalam masa yang sama dapat lebih meningkatkan pendapatan beliau.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Sebelum penggunaan ICT meluas dan penglibatan PEDi, Pn.Azimah mempromosikan produk pertama jualan beliau iaitu pakaian kanak-kanak hanya di pasar malam kawasan Raub dan menjual dari rumah  ke rumah .Pendapatan jualan juga tidak begitu tinggi hanya sekitar RM200/sebulan sahaja hasil jualan beliau.  Promosi jualan beliau ketika ini jugak tidak begitu meluas tertumpu kepada kenalan, rakan-rakan terdekat , jiran-jiran tetangga dan sekitar kawasan daerah Raub sahaja yang mengenali beliau. Hebahan juga hanya secara ”offline” . Beliau hanya memulakan perniagaan ini dengan modal sendiri sahaja.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Dengan sedikit sebanyak pengetahuan ICT yang beliau ada, apabila beralih ke jualan produk Tudung BCF dan menjadi dropship, Pn.Azimah mula belajar mempromosikan produk jualan beliau melalui media-media sosial bermula dengan laman Facebook dan Whatsapp(group & status). Dengan menjadi ahli di PEDi Felda Krau 1, Pn.Azimah berpeluang mengikuti program usahawan yang di jalankan di PEDi . Beliau berpeluang mempelajari cara dan teknik yang betul dalam mempromosikan perkhidmatan serta produk di laman-laman sosial bagi menarik minat pelanggan. Beliau di beri pendedahan supaya aktif mempromosikan jualan beliau menggunakan facebook Fanpage supaya target prospek pelanggan beliau lebih meluas. Apabila beliau mula di kenali di media-media sosial, beliau menaik taraf menjadi seorang agen di mana beliau mampu menyimpan stok jualan sendiri.

Dari masa ke semasa Pn.Azimah semakin mahir menggunakan laman sosial dan mula meluaskan lagi promosi jualan Tudung BCF dengan membuka kedai online di platform digital Shopee. Beliau juga berpeluang mengikuti kelas usahawan online Shopee untuk strategi dan langkah-langkah pemasaran perniagaan atas talian bagi mempromosikan kedai Shopee beliau secara lebih meluas

Dengan mempromosikan serta mengiklankan perniagaan beliau di laman sosial dan kedai atas talian (Shopee), kini produk jualan beliau lebih di kenali di serata negeri. Beliau dapat mula meluaskan pasaran jualan produk beliau ke seluruh Malaysia. Dengan ini pendapatan jualan beliau juga mula meningkat sekitar RM800-RM1500 sebulan bergantung kepada stok.