NAMA |
: |
Muhammad Syahiran Baharain Bin Rosaniran |
UMUR |
: |
14 Tahun |
AHLI |
: |
2017 |
Latar belakang
Muhammad Syahiran Bahrain Bin Rosaniran merupakan seorang pelajar tingkatan 2 di Sekolah Menengah Kebangsaan Mahmud Raub. Beliau mempunyai peribadi yang baik, sopan, dedikasi dan ceria. Beliau sering berkunjung ke PEDi untuk melayari internet, mencari maklumat bagi menyiapkan kerja sekolah, menggunakan perkidmatan yang disediakan di PEDi bagi memudahkan urusan sebagai seorang pelajar.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi
Beliau hanya menggunakan telefon bimbit dan komputer untuk melayari aplikasi youtube, bermain permainan komputer sebelum menyertai kelas yang dianjurkan PEDi. Tahap penguasaan ICT beliau berada di tahap kurang mahir dan hanya mengetahui serba sedikit mengenai ICT.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi
Setelah mengikuti pelbagai kelas dan aktiviti yang dianjurkan PEDi, tahap pengusaaan ICT beliau makin memberangsangkan. Beliau aktif dalam menghadiri pelbagai kelas seperti kelas asas Ms Office, asas ICT dan sering juga menyertai pertandingan yang dianjurkan di PEDi. Beliau juga sudah mampu untuk menyiapkan kerja sekolah menggunakan pelbagai aplikasi yang tersedia dengan pemantauan yang minima.