mcmc
Kisah Kejayaan

(Q1 2021) KEUSAHAWANAN – Pn. Rozita Jamaluddin

NAMA

:

Rozita Bt Jamaluddin

UMUR

:

45 Tahun

AHLI

:

2018

 

USAHAWAN  PRODUK MAKANAN RINGAN (KACANG BOTAK CHE TA)

Latar belakang

Pn.Rozita Jamaluddin merupakan menantu kepada peneroka Felda Krau 1. Beliau merupakan seoarang suri rumah sepenuh masa dan ibu kepada 4 orang anak. Beliau berkelulusan Sijil Pelajaran Malaysia. Beliau mula menjalankan perniagaan makanan ringan (Kacang Botak) ini sejak tahun 2000 lagi.

Pada awalnya beliau hanya membuat kacang botak untuk makanan kudapan seisi keluarga sahaja. Tetapi apabila rakan-rakan dan jiran tetangga yang berkunjung ke rumah merasai keenakkan kudapan ini mereka mula berminat untuk membuat tempahan. Maka dari situlah bermulanya idea dan minat Pn.Rozita untuk menerima tempahan kacang botak ini dari rakan dan jiran tetangga. Beliau berkeinginan menjadikan peluang itu sebagai satu jalan dimana boleh mendatangkan pendapatan tambahan buat diri dan keluarga beliau. Beliau bercadang ingin meluaskan perniagaan ini sehingga di kenali ramai dan serata negeri.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Untuk permulaan, sebelum penggunaan ICT dan penglibatan PI, pendapatan jualan kacang botak Pn.Rozita tidak begitu tinggi hanya sekitar RM200 sahaja. Beliau hanya mengambil tempahan daripada rakan-rakan terdekat serta jiran tetangga yang mengenali beliau. Hebahan juga hanya secara ”offline” . Beliau juga tidak pernah memohon atau mendapatkan apa-apa bantuan modal dari mana-mana agensi. Beliau hanya memulakan perniagaan ini kecil-kecilan dengan modal sendiri sahaja.

Produk yang beliau hasilkan juga menggunakan 1 saiz balang sahaja dan tanpa apa-apa sticker yang mana di jual dengan harga RM18 sebalang.Tempahan juga tidak begitu meluas dan beliau lebih fokus mengambil tempahan rakan-rakan ketika musim perayaan sahaja.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Dengan penggunaan ICT dalam perniagaan beliau mula mempromosikan produk (Kacang Botak Che Ta) secara meluas di laman sosial seperti facebook dan whatsapp.

Dengan mendaftar sebagai ahli Pusat Internet, beliau berpeluang mengikuti kursus dan program usahawan yang di jalankan di Pusat Internet .Beliau berpeluang mempelajari cara dan teknik yang betul dalam mempromosikan perkhidmatan serta produk di laman-laman sosial bagi menarik minat pelanggan. Beliau belajar cara mengambil gambar produk dengan lebih menarik dan berkualiti untuk tujuan pemasaran.

Dengan mempromosikan serta mengiklankan perniagaan beliau di laman sosial,kini beliau lebih di kenali. Beliau dapat mula meluaskan pasaran jualan produk beliau ke seluruh negeri tidak mengira musim. Jika sebelum ini penghantaran tempahan produk hanya melalui COD di sebabkan tempahan hanya rakan-rakan sekitar sahaja. Tetapi kini, produk (Kacang Botak Che Ta) mula mendapat tempahan dari serata negeri dan penghantaran mula di buat melalui Pos kepada pelanggan. Beliau juga mula meletakkan stok-stok di kedai-kedai makan dan kedai runcit.

Produk beliau juga kini di “packing” dengan kemas dan rapi dengan stiker yang lengkap dan pelanggan kini boleh membuat pilihan samada ingin menempah Kacang Botak bersaiz balang kecil atau besar. Untuk saiz balang yang kecil berat 400gram di jual dengan harga RM10 dan bagi balang besar berat 800gram di jual dengan harga RM20. Oleh itu, hasil jualan beliau juga semakin meningkat sehingga 800-1000 sebulan.