mcmc
Kisah Kejayaan

(Q1 2021) KEUSAHAWANAN – Pn Norhayati Bt Jenal

NAMA

:

Pn. Norhayati Binti Jenal

UMUR

:

36 Tahun

AHLI 

:

2013

 

USAHAWAN  MAKANAN & BARANGAN KEPERLUAN

Latar belakang

Pn. Norhayati Binti Jenal merupakan isteri kepada anak peneroka Felda Krau 1. Beliau menetap di Felda Krau 1 selepas berkahwin dan beliau merupakan surirumah sepenuh masa. Beliau berkelulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Beliau bermula berniaga secara kecil-kecilan dari tahun 2017 dengan niat untuk membantu suaminya. Beliau bermula berniaga dengan menjadi agen untuk pelbagai produk makanan dan barangan keperluan harian seperti cadar, selimut dan handbag.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Untuk permulaan, sebelum penggunaan ICT dan penglibatan di PIK, pendapatan Pn. Norhayati tidak begitu tinggi hanya sekitar RM400/bulan sahaja. Beliau akan membuat mengikut permintaan pelanggan terdekat sahaja melalui hebahan secara ‘’offline’’ kepada rakan-rakan dan keluarga terdekat sahaja. Beliau juga tidak pernah mendapatkan apa-apa bantuan dari segi modal dari mana-mana agensi. Beliau memulakan perniagaan ini dengan modal sendiri sahaja.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Melalui kelas latihan keusahawanan yang telah dibimbing oleh Pusat Internet Felda Krau 1, beliau kini telah memiliki facebook sendiri yang dapat mempromosikan produk beliau. Beliau juga sudah mula mempromosikan produk jualan ke dalam group-group whatapps. 

Dengan mendaftar sebagai ahli Pusat Internet, beliau berpeluang mengikuti kursus dan program usahawan yang di jalankan di Pusat Internet .Beliau berpeluang mempelajari cara dan teknik yang betul dalam mempromosikan perkhidmatan serta produk di laman-laman sosial bagi menarik minat pelanggan. Beliau belajar cara membuat iklan berbayar melalui laman Facebook, cara membina website perniagaan sendiri dan banyak lagi.

Dengan mempromosikan serta mengiklankan perniagaan beliau di laman sosial,kini beliau lebih di kenali. Oleh itu, hasil jualan beliau juga semakin meningkat sehingga mencecah 1500/sebulan.