NAMA |
: |
Nor Shuhada Bt Md Sarit |
UMUR |
: |
17 Tahun |
AHLI |
: |
2010 |
Latar belakang
Nor Syuhada Md Sarit merupakan anak bongsu dari 2 orang adik beradik. Beliau berumur 18 tahun. Beliau baru sahaja mengambil peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di Sekolah Menengah Kebangsaan Mahmud Raub Pahang. Nor Syuhada sering berkunjung ke PIK untuk mencari maklumat berkaitan kerja sekolah dan membuat kerja sekolah berkumpulan di Pusat Internet Komuniti.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PIK
Sebelum menyertai kelas yang dianjurkan, beliau hanya menggunakan komputer untuk melayari laman sosial seperti facebook dan mendengar lagu serta menonton video youtube. Beliau kurang mahir dalam penggunaan komputer serta kurang cekap untuk menaip. Beliau juga membawa telefon bimbit untuk melayari laman sosial seperti instagram.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PIK
Selepas mengikuti kelas yang dianjurkan oleh pihak PIK, beliau boleh menggunakan Komputer dengan sebaiknya. Beliau boleh menaip menggunakan Microsoft Word dengan cara yang betul. Beliau sering mengikuti kelas dan program yang dianjurkan oleh PIK diantaranya kelas laman sosial dan kelas Microsoft word. Beliau juga aktif mengikuti program dan bengkel yang dianjurkan. Beliau juga merupakan salah seorang AJK untuk program yang dianjurkan di Pusat Internet Komuniti.