USAHAWAN MAKANAN
|
NAMA |
: |
Pn.Rasidah Binti Othman |
|
UMUR |
: |
40 Tahun |
|
AHLI |
: |
2014 |
Latar belakang
Pn. Rasidah Binti Othman merupakan salah seorang anak peneroka Felda Krau 1. Beliau ibu kepada 4 orang anak. Beliau berkelulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di Sekolah Menengah Mahmud Raub Pahang. Beliau mula menjalankan perniagaan makanan dan minuman sekitar tahun 2015 dan menjalankan perniagaannya di pasar malam sekitar daerah Raub dan Bentong. Beliau menjual pelbagai jenis makanan dan minuman seperti Laksa, Bihun Sup Utara, Bubur Ayam dan pelbagai lagi. Antara menu minuman yang dijual pula seperti Air Milo, Air Sunquick, Air Jagung dan Air Mangga.
Oleh kerana minat yang mendalam dalam bidang masakan dan penjualan makanan, beliau sering datang ke Pusat Internet untuk mencari menu terkini untuk dijual di pasar malam. Beliau mengambil kursus dalam bidang masakan di Empower Raub bagi menambahkan lagi ilmu pengetahuan dan kemahiran beliau dalam bidang ini
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Sebelum penggunaan ICT dalam perniagaan, beliau hanya menjual di 1 kawasan sahaja iaitu di pasar malam berhampiran Hospital Raub. Ini kerana beliau hanya menaiki van untuk membawa semua peralatan dan barangan yang hendak dijual. Produk makanan dan minuman yang dijual hanya bihun sup, mee sup dan air 3 jenis seperti air mangga, air milo dan air sunquick. Beliau memulakan perniagaan ini dengan modal sendiri sahaja. Pendapatan yang beliau perolehi daripada hasil jualan ketika itu sekitar RM800/bulan.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Dengan penggunaan ICT dalam perniagaan beliau mula mempromosikan perniagaan makanan dan minuman di laman sosial seperti whatsapp dan aplikasi myshop. Beliau dalam proses untuk membina laman sosial lain seperti Facebook ads, Fanpage dan instagram.
Dengan mendaftar sebagai ahli Pusat Internet, beliau berpeluang mengikuti kursus dan program usahawan yang di jalankan di Pusat Internet .Beliau berpeluang mempelajari cara dan teknik yang betul dalam mempromosikan perkhidmatan serta produk di laman-laman sosial bagi menarik minat pelanggan. Beliau banyak belajar dan mencari pelbagai jenis makanan dan minuman melalui internet.
Dengan mempromosikan serta mengiklankan perniagaan beliau di laman sosial,kini beliau lebih di kenali. Sekarang beliau telah berniaga lebih dari 10 tempat di dalam daerah Raub dan Bentong. Oleh itu, hasil jualan beliau juga semakin meningkat sehingga mencecah RM1500/bulan.

