NAMA |
: |
Muhammad Arif Bin Zaidi |
UMUR |
: |
14 Tahun |
AHLI |
: |
2016 |
Latar belakang
Muhammad Arif merupakan anak bongsu dari 7 orang adik beradik. Beliau berumur 14 tahun dan bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan Mahmud Raub. Muhammad Arif sering mengunjungi Pusat Internet untuk melayari internet, melayari laman sosial dan bermain games pendidikan.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Sebelum menyertai kelas yang dianjurkan, beliau hanya menggunakan komputer untuk melayari laman sosial seperti facebook dan bermain games. Beliau kurang mahir dalam penggunaan komputer serta kurang cekap untuk menaip.Beliau juga membawa telefon bimbit untuk bermain games online.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Selepas mengikuti kelas yang dianjurkan oleh pihak PI, beliau boleh menggunakan Komputer dengan sebaiknya. Beliau boleh menaip dengan cara yang betul. Beliau sering mengikuti kelas dan program yang dianjurkan oleh PI diantaranya kelas laman sosial dan kelas Microsoft word. Beliau juga aktif mengikuti program dan bengkel yang dianjurkan. Beliau juga merupakan salah seorang pelajar yang mengikuti tuisyen di Pusat Internet. Beliau juga sering menolong petugas Pusat internet membersihkan kawasan Pusat Internet seperti menyapu sampah, membakar sampah dan mengelap cermin dan pintu kaca.