NAMA |
: |
Jeevankumar A/L Sasikumar |
UMUR |
: |
17 Tahun |
AHLI |
: |
2018 |
Latar belakang
Jeevankumar A/L Sasikumar merupakan anak bongsu dari 2 orang adik beradik. Beliau berumur 17 tahun dan bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan Mahmud Raub Pahang. Jeevankumar sering mengunjungi Pusat Internet untuk melayari internet, membuat carian kerja sekolah bersama rakan-rakan dan bermain games pendidikan.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Sebelum menyertai kelas yang dianjurkan, beliau hanya menggunakan komputer untuk melayari laman sosial seperti facebook dan bermain games. Beliau kurang mahir dalam penggunaan komputer serta kurang cekap untuk menaip. Beliau juga membawa telefon bimbit untuk bermain games online. Beliau juga datang ke PI untuk membuat kerja sekolah bersama rakan-rakan.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Selepas mengikuti kelas yang dianjurkan oleh pihak PI, beliau boleh menggunakan Komputer dengan sebaiknya. Beliau boleh menaip dengan cara yang betul dan pantas. Beliau sering mengikuti kelas dan program yang dianjurkan oleh PI diantaranya kelas laman sosial dan kelas Microsoft word. Beliau juga aktif mengikuti program dan bengkel yang dianjurkan. Beliau juga sering menolong petugas Pusat internet membersihkan kawasan Pusat Internet seperti menyapu sampah, mengemas stor, membakar sampah dan mengelap cermin dan pintu kaca. Beliau juga adalah salah seorang AJK PI yang selalu menolong setiap aktiviti/ program yang dijalankan.