Sekolah Rendah Kebangsaan LKTP Felda Krau 1
Sekolah Kebangsaan LKTP Krau 1 telah ditubuhkan pada 12 Januari 1989. Ianya berkonsepkan model sekolah biasa dengan keluasan 7.22 ekar. Sekolah ini terletak ditengah-tengah perkampungan Felda Krau 1. Sekolah ini merupakan sekolah jenis bantuan kerajaan dan telah digredkan dalam kategori A luar bandar. Bahasa pengantar bagi sekolah ini ialah Bahasa Melayu dan sesi persekolahan hanya pada sebelah pagi sahaja. Kedudukannya yang berada di tengah-tengah perkampungan felda seumpama sebuah telaga ilmu yang menjadi harapan semua penduduk di felda ini.