BUKIT FRASER
Bukit Fraser terletak di negeri Pahang, di atas Banjaran Titiwangsa, Malaysia. Ia merupakan kawasan pelanconganpergunungan yang menarik kerana suhunya sejuk 17~24 Celcius. Puncak tertinggi Bukit Fraser ialah 1,310 meter dari aras laut. Kira-kira 104 kilometer dari bandar raya Kuala Lumpur. Bukit Fraser ini terletak di dalam Mukim Tras di Daerah Raub Pahang.
Bukit Fraser mendapat nama dari seorang pengembara British pada zaman kolonial iaitu Louis James Fraser . Terdapat pelbagai cerita menarik tentang beliau tetapi tidak begitu jelas termasuk beliau sebagai pengeluar dadah opium dan perjudian di antara para pelombong di Pahang.
Banyak bangunan dan banglo dibina mengikut cita rasa kolonial British. Dinding rumah dari batu konkrit besar yang disusun dan disimen. Warna dinding berwarna putih dengan diselang-seli warna hitam pada tiang jenang. Pagar rumah dibuat daripada pokok-pokok bunga . Lebar jalan raya agak terhad iaitu hanya dua lorong dan sukar untuk berselisih kereta. Tidak ada bas naik ke Bukit Fraser kerana jalan rayanya sempit, banyak selekoh berbahaya dan curam. Menariknya tandas awam beroperasi 24jam dan bersih.
Pekannya agak kecil dan kebanyakan aktiviti di sini tertumpu di sebuah dataran yang mempunyai sebuah menara jam yang cantik. Kebanyakan kemudahan di sini terletak di dalam bangunan-bangunan yang terbina pada zaman penjajahan Inggeris. Pusat peranginan ini dianggap sebagai tempat terunggul untuk aktiviti memerhati burung dan sering menjadi tuan rumah acara tahunan Pertandingan Memerhati Burung Antarabangsa Bukit Fraser. Pertandingan ini memerlukan peserta menyusuri laluan-laluan trek yang terdapat di dalam hutan di sini bagi mencari dan merekodkan jumlah pelbagai jenis burung yang boleh dilihat dalam tempoh masa yang ditetapkan. Suasana di Bukit Fraser menyerupai suasana perkampungan di pedalaman negara Scotland yang dipenuhi dengan bangunan granit kelabu dengan gaya Tudor. Harga makanan amat berpatutan malah ada makanan yang lebih murah dari sesetengah tempat pelancongan. Amat sesuai untuk bercuti dan berehat. Terdapat juga kedai-kedai cenderamata yang terhad. Air terjunnya sangat menarik dan indah. Cubalah mandi jikalau berani dan tahan sejuknya.
Terdapat dua laluan ke sana iaitu:
Dari Kuala Lumpur menuju ke Rawang, Kuala Kubu Bharu, Ampang Pechah dan Gap. Seterusnya mendaki secara terus tanpa menggunakan masa lagi ke Bukit Fraser.
Dari Kuala Lumpur ke Bentong, Raub, Tranum dan Gap. Seterusnya mendaki secara terus tanpa menggunakan masa lagi Gap ke Bukit Fraser.
Rujukan
LATA LEMBIK RECREATION PARK
Lata Lembik Recreation Park salah satu tempat pelancongan dan riadah yang terdapat dalam daerah Raub Pahang. Terletak kira-kira 15km dari Felda Tersang 2 dan 25km dari Bandar Raub. Air sungainya yang mengalir jernih dan sejuk serta dipenuhi batu bata tentunya menjadi destinasi pilihan untuk berkelah dah riadah bersama keluarga dan sahabat handai. Pelbagai kemudahan asas disediakan untuk para pelancong diantaranya tandas awam, dewan serbaguna, pondok rehat, surau serta chelet yang boleh disewa.
Aktiviti yang disediakan
– berakit
– seminar
– bengkel
– perkhemahan
– jungle tracking
– barbeque
– berenang
– sewang
– menyumpit
– malam kebudayaan bersama kaum asli
– berjalan kaki merentasi banjaran titiwangsa Pahang – Slim River Perak
Rujukan
http://latalembik.blogspot.my/
RESORT LEMBAH TEMIR
Resort Lembah Temir Raub Pahang merupakan kawasan perlancongan yang masih mengekalkan konsep hutan semulajadi yang belum diterokai. Bermula sebagai projek perladangan durian pada tahun 2009 kemudian pemiliknya gemar menjadikan kawasan ini sebagai tempat beristirehat keluarga dan rakan-rakan. Kini, Resort Lembah Temir telah berkembang menjadi sebuah resort peranginan di kebun. Ia terletak di kawasan yang berkeluasan 75 ekar dan terletak kurang dari 2 jam memandu dari pusat bandar Kuala Lumpur.
Terletak di tengah-tengah rizab hutan hujan yang kaya di Pahang, ia menawarkan beberapa air terjun semula jadi di sekeliling kebun. Direka dengan landskap semulajadi dan mempunyai 30 buah bilik yang boleh dipilih di sekitar kebun. Setiap bilik dilengkapi dengan bilik mandi, penyaman udara, kipas dan juga pemanas air.
Menjadikan buahan tempatan seperti Durian (Musang King), Rambutan, Manggis, Duku, Nangka dan banyak lagi sebagai tarikan utama pelngunjung datang ke sini. Para pengunjung diberi peluang untuk merasai sendiri bauh-buahan segar yang dipetik terus dari kebun sekitar LembahTemir.
Lembah Temir Resort sempurna untuk percutian keluarga & sahabat-handai.