mcmc
Rekreasi & Pelancongan

LATA LEMBIK RECREATION PARK

Lata Lembik Recreation Park salah satu tempat pelancongan dan riadah yang terdapat dalam daerah Raub Pahang. Terletak kira-kira 15km dari Felda Tersang 2 dan 25km dari Bandar Raub. Air sungainya yang mengalir jernih dan sejuk serta dipenuhi batu bata tentunya menjadi destinasi pilihan untuk berkelah dah riadah bersama keluarga dan sahabat handai.

 

KEMUDAHAN ASAS

Kemudahan asas yang disediakan di Lata Lembik adalah seperti berikut:

– tandas awam

– dewan serbaguna

– pondok rehat

– surau

– chalet

– tapak perkhemahan

– padang kawat

 

AKTIVITI

Antara aktiviti disediakan seperti berikut:

– berakit

– seminar

– bengkel

– perkhemahan

– jungle tracking

– barbeque

– berenang

– sewang

– menyumpit

– malam kebudayaan bersama kaum asli

– berjalan kaki merentasi banjaran titiwangsa Pahang – Slim River Perak