Nama Tarikh |
: STEM/IOT (Straw Skyscrappers Challenge) : 10 Mac 2024 (AHAD) |
Masa |
: 10.00 Pagi – 12.00 Tengahari |
Lokasi |
: NADI Felda Krau 1 |
Peserta |
: 9 Orang |
Tujuan :
– Meningkatkan tahap kreativiti pelajar melalui cabaran membina pencakar langit dengan
menggunakan straw minuman dan kemudian di uji dengan pemberat.
– Menggalakkan pelajar untuk menjadi kreatif dalam merancang dan membuat struktur yang kukuh dan berfungsi.
– Memperkenalkan konsep sains dan kejuruteraan iaitu dengan membuat struktur menggunakan straw,
pelajar akan belajar prinsip-prinsip kejuruteraan asas seperti kekuatan dan kestabilan, serta bagaimana
menerapkannya dalam rekaan mereka.
– Mendorong kerjasama di antara pelajar dalam merancang dan membina struktur yang kompleks.
Ini membantu mereka belajar bekerjasama dalam kumpulan, berkongsi idea, dan menyelesaikan masalah bersama-sama.
Aktiviti :
– Petugas menjelaskan konsep kestabilan struktur dan bagaimana ia berkait rapat dengan kejuruteraan.
– Petugas melakukan demonstrasi langkah demi langkah dalam pembinaan pencakar langit menggunakan
straw untuk mendapatkan struktur yang stabil.
– Para pelajar di beri masa untuk membina pencakar langit yang kuat dan stabil menggunakan straw minuman .
– Setelah pencakar langit selesai dibina, pelajar menguji kestabilan struktur mereka dengan meletakkan
pemberat (buku) di atasnya. Petugas menilai kestabilan struktur binaan pelajar dan membuat penambahbaikan.
===========================================================================================