|
Nama Tarikh |
: Karnival Jelajah SEBENARNYA.MY : 03 Mac 2018 |
|
Masa |
: 7.30 Pagi – 12.00 Malam |
|
Lokasi |
: Dewan Terbuka Kampung Batu Talam : Dewan SMA Al-Falah, Raub Pahang |
|
Peserta |
: 1000 Orang |
Tujuan :
Program ini di jalankan bagi memperkenalkan portal Sebenarnya.my dan menyampaikan mesej-mesej advokasi bagi mengekang pengaruh kandungan internet terutamanya mengenai isu berita palsu melalui platform serta inisiatif sebenarnya.my. Program ini melibatkan semua lapisan masyarakat komuniti Dun Batu Talam. Dengan adanya program seperti ini dapat merapatkan lagi hubungan di antara pemimpin dengan komuniti setempat.
Aktiviti :
Pelbagai aktiviti di jalankan dalam program Karnival ini. Bermula dengan aktiviti senaman pagi , pertandingan futsal, pertandingan membina lego untuk kanak-kanak , taklimat sebenarnya.my kepada ibu bapa dan taklimat keselamatan internet bersama para pelajar. Terdapat juga aktiviti-aktiviti lain yang turut diadakan seperti pemeriksaan kesihatan, pameran AADK, pameran SKMM, Pameran Polis, Pameran Bomba, dan Pameran Tekun. Setelah selesai aktiviti di adakan penyampaian hadiah kepada para pemenang serta sumbangan amal oleh Yb.Adun Batu Talam kepada 30 orang penerima bantuan terpilih.
Aktiviti sebelah malam diadakan solat Magrib & Isyak Berjemaah , Ucapan perasmian oleh YB Dato’ Sri Hajjah Shahaniza Binti Shamsuddin(Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita & Keluarga).Selesai perasmian di adakan Forum Bicara Perdana bertempat di Dewan Sekolah Agama Al-Falah, Batu Talam yang disampaikan oleh ahli panel ustaz Don Daniyal , Ustaz Harryanto dan PU Lokman sebagai moderator. Aktiviti terkahir adalah penyampaian hadiah, cenderahati serta cabutan bertuah.
======================================================================================================