mcmc
Laporan Aktiviti

LAPORAN AKTIVITI DISEMBER 2018

Nama

Tarikh

: PROGRAM JOM SIHAT BERSAMA PUSAT INTERNET

: 21 & 22 Disember 2018

Masa

: 07.30 Pagi – 1.00 Petang

Lokasi

: Pusat Internet Felda Krau 1

: Dewan Serbaguna Felda Krau 1

Peserta

: 111 Orang

 

Tujuan :

Program Jom Sihat Bersama Pusat Internet ini adalah sebuah program yang merapatkan Pusat Internet dengan komuniti setempat dan agensi-agensi untuk mewujudkan komuniti sihat serta mewujudkan komuniti mesra ICT dan teknologi untuk penjagaan kesihatan dan persekitaran yang bersih. Program ini juga dapat membantu komuniti dalam menitik beratkan soal kesihatan diri masing-masing. 

 

Aktiviti :

     Acara senaman sihat

     Pendaftaran Ahli pusat Internet dengan yuran RM5.00 dan pengumpulan barangan mobile e-waste

    Pertandingan mencipta artikel kesihatan (My Komuniti) ,memuat naik produk terbanyak dan view produk ( My Shop) & melabel premis-premis kesihatan di dalam (My Place)

     Pertandingan mewarna dewasa & kanak-kanak

     Kuiz kahoot kesihatan online

   Ceramah agama “Menjaga Kesihatan Dalam Perspektif Islam’’oleh imam masjid Ulu Gali (Ustaz Shahadan b Hassan)

     Pameran-pameran daripada agensi seperti klinik kesihatan raub & pameran klinik pergigian raub

     Pemeriksaan kesihatan percuma bersama Kospen & klinik kesihatan raub

     Pemeriksaan gigi percuma bersama klinik pergigian raub

     Kempen menderma darah bersama unit patologi & tabung darah hospital raub

     Pertandingan penyediaan menu sarapan pagi sihat

     Acara rebut kerusi kanak-kanak & dewasa

     Program ini dirasmikan oleh En.Abdul Razak Bin Mastor (Ketua Peneroka Felda Krau 1)

     Penyampaian 25 cabutan bertuah , cenderahati kepada VIP dan agensi serta hadiah kepada pemenang

     Jamuan makan untuk pengunjung dan VIP

 

 

 

Gambar di sini

 

======================================================================================================