|
Nama Tarikh |
: PROGRAM JOM SIHAT BERSAMA PUSAT INTERNET : 21 & 22 Disember 2018 |
|
Masa |
: 07.30 Pagi – 1.00 Petang |
|
Lokasi |
: Pusat Internet Felda Krau 1 : Dewan Serbaguna Felda Krau 1 |
|
Peserta |
: 111 Orang |
Tujuan :
Program Jom Sihat Bersama Pusat Internet ini adalah sebuah program yang merapatkan Pusat Internet dengan komuniti setempat dan agensi-agensi untuk mewujudkan komuniti sihat serta mewujudkan komuniti mesra ICT dan teknologi untuk penjagaan kesihatan dan persekitaran yang bersih. Program ini juga dapat membantu komuniti dalam menitik beratkan soal kesihatan diri masing-masing.
Aktiviti :
– Acara senaman sihat
– Pendaftaran Ahli pusat Internet dengan yuran RM5.00 dan pengumpulan barangan mobile e-waste
– Pertandingan mencipta artikel kesihatan (My Komuniti) ,memuat naik produk terbanyak dan view produk ( My Shop) & melabel premis-premis kesihatan di dalam (My Place)
– Pertandingan mewarna dewasa & kanak-kanak
– Kuiz kahoot kesihatan online
– Ceramah agama “Menjaga Kesihatan Dalam Perspektif Islam’’oleh imam masjid Ulu Gali (Ustaz Shahadan b Hassan)
– Pameran-pameran daripada agensi seperti klinik kesihatan raub & pameran klinik pergigian raub
– Pemeriksaan kesihatan percuma bersama Kospen & klinik kesihatan raub
– Pemeriksaan gigi percuma bersama klinik pergigian raub
– Kempen menderma darah bersama unit patologi & tabung darah hospital raub
– Pertandingan penyediaan menu sarapan pagi sihat
– Acara rebut kerusi kanak-kanak & dewasa
– Program ini dirasmikan oleh En.Abdul Razak Bin Mastor (Ketua Peneroka Felda Krau 1)
– Penyampaian 25 cabutan bertuah , cenderahati kepada VIP dan agensi serta hadiah kepada pemenang
– Jamuan makan untuk pengunjung dan VIP
======================================================================================================
