|
Nama Tarikh |
: PROGRAM HARI BERSAMA KOMUNITI : 15 April 2018 |
|
Masa |
: 7.00 Pagi – 2.00 Petang |
|
Lokasi |
: Pusat Internet Felda Krau 1 |
|
Peserta |
: 327 Orang |
Tujuan :
Program Hari Bersama Komuniti Pusat Internet ini adalah sebuah program yang merapatkan PI dengan komuniti setempat bagi memastikan segala program yang dilaksanakan mampu mencapai ‘Kebolehsambungan” agar operasi dan perkhidmatan PI terus berjalan mengikut matlamat yang telah ditetapkan.
Aktiviti :
Pelbagai aktiviti telah di jalankan dalam program ini bermula seawal jam 7.00pagi pendaftaran para pengunjung di buka. Program ini di mulakan dengan aktiviti Senam Seni, di ikuti pertandingan futsal golongan belia, acara rebut gula-gula untuk kanak-kanak. Dalam masa yang sama turut di adakan taklimat advokasi dan dashboard kepada para pengunjung. Selesai taklimat di ajukan kuiz dan saguhati kepada pemenang. Aktiviti lain seperti bengkel penghasilan foto , pertandingan mewarna dewasa,pertandingan puzzle online kanak-kanak, dan pertandingan rebut kerusi.
Sepanjang program turut di adakan pameran daripada agensi-agensi seperti AADK, Bomba, TEKUN, pemeriksaan kesihatan oleh Kospen, Jualan-jualan daripada usahawan-usahawan tempatan. Turut dijalan kan sepanjang program berlansung adalah mobile e-waste, pendaftaran ahli secara percuma serta memuat turun aplikasi dashboard.
Program ini di rasmikan oleh Pengurus Felda Krau 1 iaitu En. Zulkhali Bin Abd Wahid. Selesai perasmian aktiviti terakhir adalah penyampaian cenderahati kepada VVIP yang hadir serta penyampaian hadiah kepada para pemenang. Sesi cabutan bertuah turut diadakan bagi memeriahkan lagi majlis.
=====================================================================================================
