mcmc
Kisah Kejayaan

Kisah Kejayaan Usahawan Puan Saidatul Salmah

NAMA

:

Saidatul Salmah Abu Bakar

UMUR

:

31 Tahun

AHLI

:

2016

 

Latar belakang

 

                                    

Pn. Saidatul Salmah merupakan seorang ibu tunggal yang mempunyai 2 orang anak perempuan. Beliau mempunyai taraf pendidikan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), bersekolah di Sekolah Menengah Mahmud Raub Pahang.

Pn. Saidatul Salmah merupakan seorang usahawanita dalam industri produk kecantikan. Beliau merupakan agen produk kecantikan dan telah memulakan perniagaan sebagai agen produk sejak tahun 2014.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Beliau hanya seorang suri rumah tangga sepenuh masa. Beliau tidak mempunyai pendapatan dan hanya menggunakan pendapatan suami sahaja. Beliau juga tidak mahir menggunakan perisian Komputer.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Selepas melalui fasa penceraian bersama suami, beliau bangkit dengan menyara anak-anak dengan bekerja menjual produk kecantikan dan sebagainya. Melalui kelas latihan keusahawanan/membina blog/microsoft office/membina email yang dibimbing oleh kakitangan Pusat Internet Felda Krau 1. Beliau kini telah memiliki facebook sendiri dan menjadikan facebook beliau sebagai medium sosial untuk berinteraksi dengan kawan-kawan yang terlibat sama dengan penjualan produk kecantikan dan memudahkan untuk menjalan program dan aktiviti di Felda Krau 1. Pendapatan beliau juga sudah meningkat ke 4 angka selepas mengikuti kelas yang dianjurkan. Pelanggan beliau juga dari seluruh negeri yang mana pelanggan mengetahui produk jualan beliau melalui laman Facebook.