mcmc
Kisah Kejayaan

Kisah Kejayaan Celik IT Saiful Aizam

NAMA

:

Saiful Aizam Bin Zagar

UMUR

:

11 Tahun

AHLI

:

2013

 

Latar belakang

              

Saiful merupakan anak kedua dari 4 orang adik beradik. Beliau berumur 11 tahun. Beliau tingaal bersama keluarga di Felda Krau 1 Raub Pahang. Setiap hari beliau akan dating ke PI untuk melayari internet. Pada mulanya beliau hanya datang ke PI untuk bermain game dan menonton video di laman youtube

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Sebelum saiful menyertai kelas yang dijalankan di PI Felda Krau 1 ,tahap pengetahuan  Saiful mengenai ICT sedikit. Belia hanya tahu menggunkan komputer untuk bermain permainan. Beliau  juga tidak tahu cara menggunakan komputer dengan sebetulnya seperti on off      komputer, mencari laman web dan menggunakan Microsoft office.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Selepas saiful mengikuti kelas-kelas yang diajar oleh petugas PI, Saiful telah pandai menggunakan komputer dengan sebetulnya. Petugas PI telah mengajar asas-asas pengenalan komputer. Saiful juga sering mengikuti kelas yang dianjurkan oleh PI.

Atas dasar kerajinan Saiful mengikuti kelas yang dianjurkan, Saiful sudah pandai menggunakan internet. Beliau juga pandai mencari laman web berkaitan pelajaran. Sekarang beliau kurang bermain game. Beliau lebih suka membuka laman web berbentuk pelajaran kerana tahun hadapan saiful akan menduduki Peperiksaan UPSR.

Beliau juga sudah pandai menaip karangan menggunakan Microsoft word. Beliau juga pandai menggunakan Microsoft excel untuk membuat jadual menggunakan table yang disediakan.