mcmc
Kisah Kejayaan

KEUSAHAWANAN – Pn.Yusnita Binti Mohamed Yusuf

PERKHIDMATAN SOLEKAN, ANDAMAN , FACIAL & SPA

NAMA

:

Yusnita Binti Mohamed Yusuf

UMUR

:

30 Tahun

AHLI

:

2014

 

Latar Belakang

 

      

Pn.Yusnita Mohamed Yusof merupakan seorang anak peneroka Felda Krau 1. Anak ke 5 daripada 6 orang adik beradik.Beliau berkelulusan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) di Sekolah Menengah Mahmud Raub. Beliau seorang yang sangat minat dengan dunia kecantikan dan kesihatan wanita. Beliau mula menceburi dunia perniagaan pada tahun 2012 dimana bermula dengan mengambil upah andaman dan solekan pengantin, membuat pelamin, menjahit baju pengantin,menjual suasa. Beliau turut mempunyai satu syarikat yang berdaftar iaitu Double tree action sdn.bhd. Beliau memulakan bisness dengan menggunakan modal permulaan sendiri tanpa bantuan dari mana-mana agensi.

Antara pakej solekan yang beliau ada seperti berikut :

Solekan Bertunang – RM 120

Solekan Akad Nikah – RM 200

Solekan Bersanding – RM 250

Solekan Combo (Nikah + Bersanding) – RM 400

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum penggunaan ICT dalam perniagaan, beliau mempromosikan produk dan pakej perkhidmatan yang beliau jalankan dengan mengedarkan kertas iklan di kawasan tempat tinggal beliau . Ahli keluarga terdekat juga turut membantu menghebahkan kepada rakan-rakan mereka mengenai perkhidmatan yang di sediakan oleh Pn.Yusnita. Beliau turut mengadakan kelas kecantikan bagi mempromosikan perkhidmatan dan produk yang beliau ada.

Sebelum penggunaan ICT dan penglibatan PI tempahan yang beliau terima untuk solekan, andaman, hiasan pelamin dan sebagainya hanyalah terdiri daripada kenalan rapat dan jiran-jiran yang berdekatan sahaja. Dan pendapatan sekitar 1000-2000.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

       

Selepas penggunaan ICT dalam perniagaan beliau mula mempromosikan perkhidmatan yang beliau jalankan di laman sosial seperti facebook dan Instagram. Dengan menjadi ahli Pusat Internet beliau berpeluang mengikuti kursus dan program usahawan yang di jalankan di Pusat Internet seperti kelas online marketing, kelas teknik solekan dan banyak lagi. Di Pusat Internet juga beliau berjaya membuat satu kedai online untuk perniagaan beliau dengan menggunakan Blog.

Dengan mempromosikan serta mengiklankan perniagaan beliau di laman sosial, beliau lebih di kenali dan sering mendapat tempahan bagi perkhidmatan yang beliau sediakan bukan sahaja di kawasan sekitar malah lebih luas lagi.  Dengan pengetahuan ICT yang di pelajari beliau telah membuat flyers, kad nama bagi tujuan memperluaskan lagi promosi perkhidmatan dan produk yang beliau ada. Dengan ini , hasil pendapatan beliau juga semakin meningkat .