mcmc
Kisah Kejayaan

KEUSAHAWANAN – Pn.Nurshafiyhusna Bt Safian

USAHAWAN PRODUK MAKANAN

NAMA

:

Pn.Nurshafiyhusna Bt Safian

UMUR

:

27 Tahun

AHLI 

: 2018

 

    

Latar belakang

Pn. Nurshafiyhusna Bt Safian merupakan anak sulung  daripadsa 9 orang adik beradik. Beliau berkelulusan Diploma Pentadbiran Awam. Beliau merupakan seorang suri rumah yang menjalankan perniagaan makanan untuk membantu pendapatan keluarga. Beliau merupakan salah seorang pelajar di Empower Raub. Beliau mempraktikkan ilmu yang di pelajari dan dengan minat yang ada dalam bidang perniagaan beliau mula berniaga kuih-muih dan makanan di kawasan sekitar tempat tinggal beliau.

Beliau mula menceburi dunia perniagaan makanan ini pada tahun 2017 .Beliau menggunakan modal permulaan sendiri tanpa bantuan dari mana-mana agensi. Beliau ingin meneruskan perniagaan makanan ini secara lebih meluas untuk menjadikan perniagaan ini salah satu sumber utama pendapatan beliau dan keluarga.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum penggunaan ICT dalam perniagaan, pada awalnya beliau hanya mempromosikan jualan  beliau kepada rakan-rakan terdekat serta ahli keluarga sahaja. Hasil jualan dan pendapatan beliau juga tidak tinggi kerana promosi secara ‘’offline’’ kurang membantu beliau meluaskan pasaran produk makanan yang beliau niagakan. Beliau menerima tempahan makanan berat serta kuih-muih dikalangan rakan-rakan dan jiran-jiran terdekat sahaja. Pendapatan jualan ketika ini sekitar 500 sahaja sebulan.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

 

Selepas penggunaan ICT untuk mempromosikan perniagaan beliau seperti di facebook page, whatsapp dan Instagram, lebih ramai pelanggan yang mengetahui akan perniagaan yang beliau jalankan. Dengan menjadi ahli Pusat Internet beliau berpeluang mengikuti kursus dan program usahawan yang di jalankan di Pusat Internet seperti kelas online marketing, dan banyak lagi. Beliau mempelajari cara membina page perniagaan di facebook, blogspot serta Instagram untuk mempromosikan dan meluaskan lagi target propeks bagi perniagaan beliau.

Dengan mengikuti kelas usahawan di Pusat Internet, beliau berpeluang mempelajari cara membuat iklan berbayar melalui laman Facebook.Beliau juga belajar cara untuk memasukkan lokasi perniagaan beliau di dalam google map untuk memudahkan para pelanggan mencari lokasi perniagaan beliau. Beliau kerap membuat iklan-iklan di group-group facebook di sekitar Raub bagi tujuan mempromosikan jualan makanan beliau. Dengan mempromosikan serta mengiklankan perniagaan beliau di laman sosial, beliau lebih di kenali. Dengan ini, hasil jualan beliau juga semakin meningkat .