USAHAWAN PRODUK KECANTIKAN & KESIHATAN
NAMA |
: |
Nur Afikah Bt Aziz |
UMUR |
: |
27 Tahun |
AHLI |
: | 2010 |
Latar belakang
Pn.Nur Afikah Bt Aziz merupakan seorang anak peneroka Felda Krau 1. Anak bongsu daripada 8 orang adik beradik.Beliau berkelulusan Ijazah Sarjana Muda dari UiTM. Selepas mendirikan rumahtangga beliau menetap di Felda Krau 1 ini bersama suaminya .Beliau merupakan seorang suri rumah yang menjalankan perniagaan produk-produk kesihatan dan kecantikan. Beliau mula menceburi dunia perniagaan ini pada tahun 2017 dengan menjadi dropship produk-produk kesihatan.Apabila jualan mula meningkat beliau mencuba untuk meneruskan perniagaan menjadi agen jualan kepada produk-produk yang beliau jual. Beliau menggunakan modal permulaan sendiri tanpa bantuan dari mana-mana agensi.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Sebelum penggunaan ICT dalam perniagaan, beliau mempromosikan produk jualan beliau kepada rakan-rakan terdekat serta ahli keluarga sahaja. Hasil jualan juga tidak begitu tinggi disebabkan kurangnya promosi di media-media sosial. Prospek jualan beliau juga tidak begitu meluas. Jualan juga dapat di buat hanya di kalangan rakan-rakan dan keluarga terdekat sahaja. Pendapatan jualan ketika ini sekitar 500 sahaja sebulan.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Dengan penggunaan ICT dalam perniagaan beliau mula mempromosikan produk jualan beliau di laman sosial seperti facebook,Instagram dan whatsapp. Dengan menjadi ahli Pusat Internet beliau berpeluang mengikuti kursus dan program usahawan yang di jalankan di Pusat Internet seperti kelas online marketing, dan banyak lagi. Beliau berpeluang mempelajari cara membina page perniagaan di laman facebook dan Instagram bisness.
Kelas usahawan yang beliau hadiri banyak membantu beliau dalam mengembangkan lagi perniagaan beliau. Beliau belajar cara membuat iklan berbayar melalui laman Facebook. Kini beliau telah mula membuka peluang untuk sesiapa yang berminat menjadi agen produk kesihatan wanita yang di buat sendiri oleh ibunya. Dengan ini , hasil jualan beliau juga semakin meningkat .