PENTERNAKAN DAN PEMBEKAL SARANG KELULUT
NAMA |
: |
Romzi Bin Shahabuddin |
UMUR |
: |
38 Tahun |
AHLI |
: |
2018 |
Latar belakang
En.Romzi Shahabuddin merupakan seorang menantu kepada salah seorang peneroka di Felda Krau 1. Berkelulusan Sijil Pra-Diploma di Kolej PTPL .Beliau tinggal bersama ibunya di Felda Sungai Koyan 1. Tetapi sering pulang ke rumah mertua di Felda Krau 1 untuk menguruskan ladang ternakan kelulut nya di sini. Pada asalnya beliau menceburi bidang ternakan kelulut ini hanya sekadar ingin memenuhi hajat ibunya ingin menternak beberapa sarang kelulut kepunyaan mereka sendiri. Pada tahun 2013 beliau mula berjinak dengan membeli hanya 4 / 5 sarang kelulut untuk ternakan sendiri sahaja
Apabila orang sekeliling serta kaum keluarga terdekat berkunjung ke rumahnya dan melihat sendiri hasil madu daripada ternakan lebah kelulut yang di usahakan En.Romzi, mereka berminat ingin menternak sarang kelulut dan meminta En.Romzi menyediakan beberapa tempahan sarang kelulut buat mereka. Dan bermula dari itulah perjalanan perniagaan sarang kelulut yang di jalankan oleh En.Romzi sehingga kini. Beliau kini menjadikan perniagaan sarang lebah kelulut ini sebagai sumber pendapatan utama keluarga. Setelah hampir 5 Tahun bergiat dalam bidang ini ,baru-baru ini dalam bulan Ogos 2018 beliau telah mendaftarkan perniagaan beliau dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dengan nama JAYA FARM TRADING. Beliau merancang untuk memperluaskan lagi perniagaan ini hingga ke seluruh semenanjung.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet
Sebelum menggunakan ICT, perniagaan yang di jalankan En.Romzi hanyalah dengan membekalkan sarang serta madu lebah kelulut di sekitar kawasan terdekat serta di kalangan kaum keluarga saudara-mara terdekat sahaja. Tempahan yang di terima daripada sesiapa yang berkunjung ke rumah beliau dan rumah mertua beliau. Kebiasaannya tetamu yang hadir sering tertarik dengan sarang lebah kelulut yang di ternak En.Romzi dan mula menghebahkan kepada rakan-rakan mereka .
Tempahan sarang lebah kelulut juga perlu di buat secara menghubungi terus En.Romzi atau berkunjung ke rumahnya bagi sebarang perbincangan dan persetujuan bersama. Hasil jualan dan pendapatan yang beliau perolehi sebelum menggunakan ICT dalam mempromosikan perniagaan ini adalah dalam sekitar 3000-5000 sahaja.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet
Selepas hampir setahun beliau menjalankan perniagaan ini secara ‘offline’ , dengan ilmu ICT yang beliau ada, beliau mula mempromosikan perniagaan beliau di laman sosial dengan membina satu fanpage di facebook yang di beri nama ‘Pembekal Sarang Kelulut’. Beliau memasukkan maklumat mengenai perniagaan serta perkhidmatan yang disediakan beserta gambar-gambar dan video produk jualan beliau. Dengan ini, lebih ramai kenalan di sekitar semenanjung mula mengenali beliau serta perniagaan yang sedang beliau jalankan. Beliau sering mendapat tempahan serta kunjungan dari penternak lebah kelulut yang lain di sekitar kawasan Pahang dan di luar Pahang. Beliau juga menggunakan ‘link’ terus ke aplikasi Whatsapp untuk sebarang pertanyaan atau tempahan di dalam fanpage facebook beliau. Kini sebarang tempahan lebih mudah di lakukan
Beliau sering pulang untuk menguruskan ternakan di Felda Krau 1. Beliau juga telah berminat mendaftar sebagai ahli di Pusat Internet Felda Krau bagi berpeluang mengikuti kelas-kelas keusahawanan dan latihan ICT yang di sediakan. Selepas mendaftar sebagai ahli di Pusat Internet beliau sering berkunjung ke PI setiap kali berada di Felda Krau. Beliau tidak lepaskan peluang mengikuti kelas latihan keusahawan dan ICT yang di jalankan. Beliau juga berpeluang mempromosikan produk perniagaan beliau menerusi aplikasi Dashboard My Shop bagi meluaskan lagi kenalan dan pemasaran.
Dengan bantuan khidmat nasihat dan idea dari petugas PI, beliau telah mendaftar perniagaan dengan SSM dan kini bukan sahaja sarang kelulut, malah beliau turut menjual toping/rumah kelulut, madu, serta alatan keperluan ternakan kelulut yang lain. Pendapatan dan hasil jualan beliau juga kini semakin meningkat sehingga mampu mencecah 10,000 – 30,000 sebulan.