mcmc
JKKK

JKKK

 

JAWATANKUASA KEMAJUAN DAN KESELAMATAN RANCANGAN (JKKR)

Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Rancangan (JKKR) merupakan badan tertinggi dalam FELDA yang berfungsi untuk peningkatan taraf hidup penduduk felda, kemajuan dalam pendidikan anak-anak peneroka, menangani masalah yang dihadapi penduduk dan lain-lain lagi.  Mesyuarat dan aktiviti sentiasa diadakan bagi memastikan kemajuan dan keselamatan masyarakat Felda Krau 1 berada dalam keadaan yang sentiasa memuaskan.

Fungsi JKKK

 

  • Badan perunding penduduk yang berhubung rapat dengan pentadbiran daerah di dalam menyalur, menyelaras dan mengurus hal-ehwal kemajuan dan masalah-masalah sosial, ekonomi dan kebajikan penduduk.
  • Badan tertinggi yang bertanggungjawab mempertingkatkan kegiatan-kegiatan pembangunan masyarakat kampung, di samping menyelaras program-program anjuran badan-badan yang terdapat di kampung.
  • Sebagai majlis permesyuaratan di peringkat kampung yang bertanggungjawab merancang, melaksana, mengawas, dan menilai kegiatan-kegiatan sosial, ekonomi dan kebajikan penduduk dan keluarga demi menjamin kualiti kehidupan masyarakat tempatan dan generasi seterusnya yang sempurna.
  • Memupuk dan mengekalkan semangat “Tindak Mesra” di antara penduduk dengan pentadbiran Kerajaan Negeri dalam usaha mewujudkan masyarakat yang bersatu-padu, harmoni dan sejahtera.
  • Merancang dan mengkaji bentuk dan jenis latihan yang diperlukan anggota JKKK, sebagai langkah mempertingkatkan prestasi dan mutu pentadbiran JKKK.
  • Menerapkan nilai-nilai pembangunan kebendaan dan kerohanian di kalangan penduduk dan keluarga di samping mengamal serta melaksanakan kegiatan-kegiatan pembangunan yang berteraskan konsep pembentukan masyarakat.
  • Mengendali dan menguruskan pentadbiran sosio-ekonomi, kebajikan, kemasyarakatan dan kebersihan persekitaran perkampungan.
  • Mengawalselia perbelanjaan biro-biro yang diwujudkan.