NAMA |
: |
Radzie Bin Roshidi |
UMUR |
: |
13 Tahun |
AHLI |
: |
2013 |
Latar belakang
Radzie merupakan anak kedua dari 4 orang adik beradik. Beliau berumur 13 tahun dan bersekolah di Sekolah Menengah Mahmud Raub. Radzie sering mengunjungi Pusat Internet untuk melayari internet, tuisyen dan bermain games pendidikan.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Sebelum menyertai kelas yang dianjurkan, beliau hanya menggunakan komputer untuk bermain games dan melayari internet seperti Facebook. Beliau kurang mahir dalam penggunaan komputer serta mengalami masalah untuk menaip.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Selepas mengikuti kelas yang dianjurkan oleh pihak PI, beliau boleh menggunakan Komputer dengan sebaiknya. Beliau boleh menaip dengan cara yang betul. Beliau sering mengikuti kelas dan program yang dianjurkan oleh PI diantaranya kelas laman sosial dan kelas Microsoft word. Beliau juga aktif mengikuti program dan bengkel yang dianjurkan. Beliau juga merupakan salah seorang pelajar yang mengikuti tuisyen di Pusat Internet.