mcmc
Kisah Kejayaan

CELIK IT – Nurain Nabilah Bin Roshidi

NAMA

:

Nurain Nabilah Bin Roshidi

UMUR

:

15 Tahun

AHLI

:

2013

 

   

Latar belakang

Nurain Nabilah merupakan anak sulung dari 4 orang adik beradik. Beliau berumur 15 tahun dan bersekolah di Sekolah Menengah Mahmud Raub. Nurain Nabilah sering mengunjungi Pusat Internet untuk melayari internet, tuisyen, melayari laman sosial dan bermain games pendidikan.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum menyertai kelas yang dianjurkan, beliau hanya menggunakan komputer untuk melayari laman sosial seperti facebook. Beliau kurang mahir dalam penggunaan komputer serta kurang cekap untuk menaip.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Selepas mengikuti kelas yang dianjurkan oleh pihak PI, beliau boleh menggunakan Komputer dengan sebaiknya. Beliau boleh menaip dengan cara yang betul.  Beliau sering mengikuti kelas dan program yang dianjurkan oleh PI diantaranya kelas laman sosial dan kelas Microsoft word. Beliau juga aktif mengikuti program dan bengkel yang dianjurkan. Beliau juga merupakan salah seorang pelajar yang mengikuti tuisyen di Pusat Internet.